top of page

PRN Johor: Pertambahan 28% pengundi baharu penentu kemenangan PH



Jentera pilihan raya KEADILAN perlu memanfaatkan kehadiran 28% pertambahan pengundi baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac ini.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zahir Hasan, Undi 18 dan Undi 21 yang berjumlah lebih 700,000 itu akan menentukan kemenangan dan Pakatan Harapan (PH) perlu mendapatkan sokongan mereka.


"Terdapat 749,000 pengundi baharu. Bersamaan pertambahan 28%. Jumlah ini hasil kita bentangkan pindaan Perlembagaan pada 2019 lalu. Bermakna ini telah diusahakan oleh PH yang membolehkan 2 perkara iaitu usia 18 tahun boleh mengundi dan mereka layak mengudi secara automatik.


"Bagi pengundi baru ini, fikir betul betul dan kritikal terhadap calon untuk diundi agar dapat memastikan masa depan Johor dan masa depan negara. Keputusan PRN ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan PRU depan," katanya dalam Forum Jalan Terus: "PRN JOHOR : Bencana Politikus Terdesak" anjuran Studio KEADILAN, malam tadi.


Menurut zahir lagi, rakyat Johor tidak boleh dibohongi alasan kononnya Kerajaan Negeri tidak stabil dengan 27 kerusi DUN kerajaan dan 27 DUN pembangkang lalu DUN dibubarkan.


Rakyat, katanya, amat maklum tujuan utama PRN diadakan adalah bagi mendapatkan 2/3 majoriti kepada BN dan selepas itu mereka boleh meluluskan apa sahaja dalam sidang DUN.


"Mantan MB Johor kata itu (kedudukan kerajaan - pembangkang) menyusahkan mereka. Kita jelas PRN dibuat demi kepentingan mereka.


"Untuk elit politik (pemerintah ini) kalau dulu kita ada kleptokrasi, oligarki, kali ini ada istilah plutokrasi. Iaitu mereka yang mewah mengawal negara dan menguasai Umno. Kalau tak percaya tengok mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan lihat kereta jenis apa yang datang untuk mesyuarat, semua kereta mewah.


"Apabila mereka ini mentadbir negara maka mereka guna kemewahan itu untuk mentadbir


"Di Johor, punca PRN adalah kerana Umno BN nak pastikan kekayaan itu diteruskan. Mereka mahukan majoriti 2/3 agar boleh buat apa saja mereka suka tanpa semak imbang dari pembangkang," katanya.


Tegas Zahir, rakyat jangan termakan propaganda Umno BN kononnya sokongan rakyat telah kembali kepada mereka dan sebab itu perlu diadakan PRN. Sebaliknya, kata beliau, rakyat Johor seharusnya berusaha menjatuhkan BN untuk membuktikan teori berkenaan tidak tepat.


"Hakikatnya rakyat hadapi keperitan tetapi PRN masih disyorkan Umno. Kemenangan Umno di Melaka mencetuskan fikiran mereka untuk membina momentum. Kita perlu ingat pertambahan sokongan Umno di Melaka hanya 0.3% sahaja tetapi Umno memainkan propaganda kononnya gelombang kebangkitan rakyat mahukan Umno.


"Oleh itu, saya menyeru 2.6 juta pengundi Johor perlu mencipta sejarah. Kalau Umno dilahirkan di Johor, maka saat ini perlulah keruntuhan Umno juga bermula di Johor," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page