top of page

PRN Johor: NGO sedia enam bas percuma bantu pengundi Sabtu ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 10
  • 1 min read

NGO Stesen Pemantauan Rakyat, menyediakan enam bas percuma bagi membawa pulang 240 pengundi dari Kuala Lumpur dan Singapura untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.

Yong Shui Wen yang mewakili Pertubuhan bukan kerajaan itu berkata, perkhidmatan disediakan merangkumi empat bas dari Kuala Lumpur manakala dua lagi khusus untuk pengundi dari Singapura yang akan mengambil penumpang di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) , Johor Bahru.


"Bas-bas ini akan menuju ke beberapa destinasi seperti Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pekan Nanas, Segamat, Labis, Kluang, Ayer Hitam dan Kulai.


"Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor akan bermula pada 9 malam esok (Jumaat).


"Bagi perkhidmatan dari CIQ BSI pula, bas akan bergerak pada 9 malam (Jumaat) dan 9 pagi Sabtu," katanya dipetik Bernama.


Menurut Shui Wen, inisiatif tersebut sudah dilaksana pihaknya sejak 2018 dan menerima sambutan memberangsangkan daripada pengundi Johor yang tinggal di luar negeri itu sehinggakan kesemua tempat duduk ditawarkan telah habis.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page