top of page

PRN: Azmin seharusnya berehat terus, sukar menang di Selangor



Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor yang dijangka diadakan dalam sebulan lagi, spekulasi Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Azmin Ali akan melepaskan kerusinya di DUN Bukit Antarabangsa dan berhijrah ke DUN lain yang lebih selamat bertiup kencang.


Mengulas hal itu, Pengarah Komunikasi Umno, Datuk Lokman Noor Adam berkata Azmin dianggap berpotensi berhijrah kerana tidak lagi selamat di DUN Bukit Antarabanagsa berdasarkan prestasi PRU 15 yang mana undi di kawasan itu memihak kepada calon Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Amiruddin Shari.


Bagaimanapun, katanya, spekulasi beliau akan bertanding di DUN Hulu Kelang selepas penyandangnya Saari Sungip mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi juga belum tentu menjanjikan kemenangan.


"Azmin jangan rasa dia boleh menang mudah di sana. Kemungkinan besar kalau parti meletakkan anak Pak Abu (Saari Sungip), sebagai calon di situ, beliau mempunyai potensi menang menewaskan Azmin kerana beliau telah pun berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat menggantikan ayahnya (sejak Saari diserang parkinson)," katanya.


Apatah lagi, kata Lokman, pasca PRU 15 lalu Azmin telah pun mengumumkan untuk berehat sementara daripada politik.


Katanya, pengundi boleh menilai ahli politik yang bercakap tidak konsisten seperti Azmin sekiranya beliau mencalonkan diri di DUN Hulu Kelang.


"Pada ketika itu (selepas PRU 15) beliau tidak boleh menerima kekalahan kerana telah belanja di parlimen Gombak dengan banyak.


"Kemudian dia umum berehat dalam politik, tanpa disedari dia masih lagi bertanggungjawab di DUN Bukit Antarbangsa. Orang macam ni rakyat boleh menilai. Dia (masih) berkhidmat di Bukit Antarabangsa sebelum PRN diadakan (tidak boleh berehat).


"Jadi tidak ada sebab rakyat di DUN Hulu Kelang nak beri peluang kepada dia. Dia dan umum berehat, cukuplah (berehat terus).


"Saya nampak Muhyiddin pun tak yakin dengan dia. Kalau Muhyiddin yakin, bila Khairy Jamaluddin dah dilihat dengan PMX (Anwar Ibrahim) tentulah dia menamakan Azmin sebagai calon MB Selangor," katanya.


Berkenaan politik wang atau membeli undi dalam pilihanraya yang menjadi punca UMNO kalah di banyak kerusi kepada PN dalam PRU 15 pula, Lokman berkata, hal itu tidak lagi boleh dilakukan pada era PMX kerana peraturan pilihanraya, sebagaimana kempen melawan rasuah, akan diperketat dan tidak membenarkan rasuah undi berlaku.


"Bila dah pilihanraya mereka tidak boleh belanja sebagaimana yang dibuat pada malam akhir sebelum PRU 15 lalu. Tak boleh buat macam tu. Kali ini kita akan pantau dengan kamera tersembunyi dan sebagainya, tak mudah mereka buat pembelian undi," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page