top of page

PRK: Suhaizan mahu pastikan Pulai kekal kerusi PH



Calon Parlimen Pulai mewakili Kerajaan Perpaduan, Suhaizan Kaiat (gambar, kiri), mahu memberikan kemenangan dengan majoriti yang meyakinkan buat Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bulan hadapan.


Jelasnya, beliau optimis mampu memenangi hati warga Pulai kerana telah berkhidmat di kawasan itu dalam arena politik, termasuk ketika menjadi Speaker DUN Johor bagi tempoh 2018 sehingga awal tahun lepas.


"Pulai ialah kerusi yang dimiliki PH dan kita mahu ia dikekalkan dengan majoriti yang meyakinkan, ini untuk memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan yang ditadbir Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Amanah dan PH telah beri kepercayaan kepada saya untuk bertanding, saya faham bahawa ini satu tugas berat kerana saya membawa amanah untuk menyambung legasi dilaksanakan Allahyarham. InshaAllah saya bersedia menggalas amanah ini," kata Naib Pengerusi Amanah Johor itu dipetik.


Suhaizan berkata begitu ketika ditemui di Program Outreach Sara Hidup Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai Pelajar Tingkatan Enam dan Diploma Kolej Vokasional Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru.


Presiden parti Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum ini mengumumkan pencalonan Suhaizan mewakili PH bagi kerusi Parlimen Pulai, manakala Nazri Abdul Rahman di DUN Simpang Jeram pada kedua-dua PRK bulan depan.


PRK dilaksanakan susulan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Salahuddin pada 23 Julai lepas.


SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 26 Ogos depan, 5 Sept untuk pengundian awal dan 9 Sept sebagai hari mengundi untuk kedua-dua PRK itu.


Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, Salahuddin memenangi kerusi Parlimen Pulai dengan majoriti 33,174 undi.


Meskipun tanggungjawab agak berat, Suhaizan berkata, beliau memegang pesanan Allahyarham Salahuddin yang mahu pegawainya turut sama bekerja serta berkhidmat untuk rakyat, yang akan sentiasa menjadi kata-kata semangat buatnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page