top of page

PRK Simpang Jeram: Nazri utamakan pendidikan TVET untuk anak muda



Calon Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecik (PRK) DUN Simpang Jeram berhasrat untuk memperkasakan lagi Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), dalam kalangan anak muda di kawasan itu.


Ir Nazri Abdul Rahman berkata, hasrat itu memandangkan status Muar yang merupakan kawasan pengeluaran perabot terbesar di negara ini.


Tambahnya, dengan rancangan pembangunan Muar Furniture Park (MFP) di Bakri, Muar, kemahiran anak muda di kawasan itu perlu ditingkatkan agar mereka dapat mengisi peluang pekerjaan di kawasan terbabit.

"Saya ada iltizam supaya generasi muda yang berpendidikan hingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak berminat sambung pelajaran dalam bidang akademik, digalakkan mengambil TVET.


"Di Muar kita ada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) serta kolej vokasional yang boleh menyediakan latihan yang bersesuaian.

"Malah kerajaan pun turut memberi galakan kepada golongan belia untuk menyertai program TVET ini dan apabila tamat belajar kelak, mereka boleh ditempatkan di kawasan industri berkenaan apabila ia siap nanti," katanya dipetik.


MFP yang meliputi kawasan seluas 399.4 hektar, merupakan hub bersepadu pengeluaran perabot negara yang dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024.


Industri perabot negara mencatatkan eksport RM19 bilion pada tahun lepas, dengan 60 peratus daripada hasil itu melalui industri perabot yang berada di Muar.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page