top of page

PRK Kuala Kubu Baharu 11 Mei, penamaan calon 27 April



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu akan diadakan pada 11 Mei ini iaitu hari Sabtu dengan kempen berlangsung selama 14 hari.


Pengerusinya Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata hari penamaan calon PRK tersebut akan diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor pada 27 April manakala pengundian awal pula pada 7 Mei.


"Bagi maksud menjalankan PRK Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu, Selangor SPR telah menetapkan tarikh Writ pada 4 April (Khamis), hari penamaan calon pada 27 April (Sabtu), undi awal pada 7 Mei (Selasa) dan hari mengundi pada 11 Mei (Sabtu)


"Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 27 April (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 10 Mei 2024 (Jumaat)," katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat khas di Putrajaya hari ini.


PRK yang bakal menelan kos sebanyak RM2.5 juta itu diadakan susulan kematian penyandang kerusi DUN Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu akibat barah.


Abdul Ghani berkata, permohonan semua kategori undi pos bagi PRK itu dibuka bermula dari hari ini manakala tarikh tutup bagi petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, pasukan polis dan tentera serta media pada 26 April 2024.


Bagi warganegara Malaysia di luar negara permohonan itu ditutup pada 15 April manakala agensi atau organisasi pada 18 Mei ini, katanya.


"Permohonan undi pos adalah secara dalam talian. Maklumat lanjut dan panduan permohonan undi pos boleh dirujuk melalui Portal SPR, www.spr.gov.my.," ujarnya.


Kata Abdul Ghani seramai 760 orang petugas dilantik bagi mengendalikan proses PRK itu melibatkan 20 buah pusat mengundi membabitkan 77 saluran termasuk bagi pengundian awal.


PRK itu akan menggunakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Februari 2024 yang dikemas kini sehingga 25 Mac lalu melibatkan 40,226 orang terdiri daripada 39,362 orang pengundi biasa, tentera dan pasangan (238), anggota polis (625) dan seorang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.


Daftar pemilih itu akan mula dijual pada 22 April 2024 (Isnin).

Kata beliau, bagi memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen, SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding.


Para pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan mereka melalui portal semakan di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7218 atau melalui aplikasi MySPR Semak mulai 22 April (Isnin).


Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu sebelum ini dikuasai oleh Pakatan Harapan setelah mendiang Kee Hiong menjadi wakil rakyat kawasan itu bagi penggal ketiga selepas mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya negeri Selangor 2023.


Pada PRN Ogos lalu, beliau menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Teoh Kien Hong dengan majoriti 4,119 undi.


Kali pertama beliau memenangi kerusi Kuala Kubu Baharu pada pilihan raya umum 2013 dalam pertarungan empat penjuru apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dan tiga lagi calon Bebas dengan majoriti 1,702 undi.


Beliau mengekalkan kerusi itu pada PRU 2018 apabila menewaskan calon MCA Wong Koon Mun dan calon Pas, Naharudin Abdul Rashid dengan majoriti 7,134 undi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page