top of page

PRK KKB: Setiausaha Akhbar Menteri sah jadi calon Perpaduan



Oleh: Abdullah Zaid


Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu.


Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada majlis pengumuman calon di Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu Bharu, hari ini.


Dalam misi wajib menang itu, Anthony berkata, jasa khidmat bakti yang disumbangkan mendiang Lee Kee Hiong nyata memberi kelebihan buat blok Perpaduan mempertahankan kerusi tradisi DAP itu.


"Atas sumbangan khidmat baik yang dibawa beliau meninggalkan satu rekod dan diiktiraf ramai bahawa beliau adalah wakil rakyat bertanggungjawab dan baik kepada rakyat. Itu memberi kelebihan untuk bantu kita pertahankan kerusi Kuala Kubu Bharu ini


"Sebab itu misi mempertahankan kubu ini sangat penting dan kita pastikan kemenangan PRK ini untuk kita utuhkan kestabilan di negeri Selangor," katanya pada Majlis Pengumuman Calon Perpaduan Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu, malam ini.


PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan susulan kematian penyandangnya yang mewakili Pakatan Harapan daripada DAP, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan PRK DUN berkenaan pada 11 Mei ini, manakala 27 April sebagai hari penamaan calon.


Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

DUN Kuala Kubu Bharu sebelum ini menyaksikan Lee Kee Hiong memenangi kerusi dengan majoriti 4,119 undi selepas memperoleh 10,743 undi.


Berdasarkan rekod, kerusi DUN berkenaan merangkumi 46 peratus pengundi Melayu, Cina (30 peratus), India (18 peratus) dan lima peratus pengundi lain, termasuk Orang Asli.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page