top of page

PRK KKB: Provokasi tidak jejas semangat Sock Tao berkempen



Calon mewakili Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao mengakui berdepan provokasi ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Kuala Kubu Bharu (KKB).


Bagaimanapun katanya, beliau tetap fokus dengan kempen dan tidak mahu menghiraukan provokasi itu.


"Saya rasa sebagai anak muda kita nak bawa politik baharu kepada rakyat KKB dan juga kepada rakyat Malaysia secara am.

"Maknanya nak membawa dasar-dasar pembaharuan kepada penduduk-penduduk setempat.


"Politik tidak seharusnya mengenai provokasi ataupun fitnah atau permusuhan, saya rasa sebagai wanita saya nak bawa politik yang baharu kepada Malaysia fokus kepada dasar pembangunan rakyat khususnya pembangunan setempat," katanya dipetik pada sesi walkabout bertemu pengundi di Pasar Karat, di Batang Kali pada Ahad.


Pengundi Melayu di Batang Kali sambut baik pencalonan Pang Sock Tao mewakili KKB

Pada sesi itu Sock Tao diiringi Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan dan Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.


Sementara itu beliau yang juga bekas Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut memaklumkan akan melancarkan manifestonya pada minggu depan.


Ketika ini jelasnya, manifesto berkenaan masih di peringkat perancangan serta penelitian.

"Apabila sudah dilancarkan nanti, seluruh jentera akan bekerja keras bagi memastikan masyarakat di sini tahu dan mempunyai maklumat mengenai apa tawaran yang kita akan berikan kepada mereka.


"Semestinya ini juga satu cabaran kerana penyandang (mendiang Lee Kee Hiong) menjalankan tugas dengan baik dan amat aktif dengan kegiatan masyarakat di sini. Jadi selain tawaran manifesto, saya akan berusaha untuk kekalkan momentum itu termasuk hubungan baik dengan semua ketua kampung dan ahli majlis demi kesejahteraan rakyat," tambahnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page