top of page

PRK KKB: PH selangor tubuh jawatankuasa penyelaras kempen



Oleh: Abdullah Zaid


Pakatan Harapan (PH) Selangor menamakan Setiausaha DAP negeri, Ng Sze Han sebagai Pengarah Pilihanraya PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang akan diadakan pada 11 Mei ini.


Setiausaha PH Selangor Dr Mohd Khairudin Othman berkata, selain beliau Ng akan dibantu oleh Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin dan Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof.


"Pasukan ini akan menyelaras gerak kerja dan kempen yang akan dirangka oleh PH Selangor dan membuat persiapan serta menyelarasan tugasan berkait kempen Pilihan Raya Kecil KKB dengan Pakatan Harapan pusat serta parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan.


"Seterusnya, pasukan ini akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa utama yang akan bersedia untuk bergerak secara rasmi bermula dari hari penamaan calon pada 27 April 2024 sehingga ke hari mengundi pada 11 Mei 2024," katanya dalam satu kenyataan.


Dari segi calon yang bertanding, Khairuddin berkata, senarai calon yang dikemukakan oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) diputuskan oleh Pakatan Harapan pusat dan PH Selangor.


"Majlis Pengumuman calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil KKB akan berlangsung sebelum hari penamaan calon," katanya lagi.


PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.


Kee Hiong, 58, menjadi ADUN Kuala Kubu Bharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013 dan meninggal dunia akibat kanser.


Sebanyak 18 pusat mengundi biasa mengandungi 74 saluran dan dua pusat mengundi awal yang mengandungi tiga saluran awal akan digunakan pada PRK kali ini.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page