top of page

PRK KKB: Perang bendera belum panas, dijangka meriah waktu kempen



Oleh: Abdullah Zaid


Perang bendera bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) dilihat masih belum panas biar pun proses penamaan calon telah berlangsung hari ini.


Tinjauan Suara Keadilan di sekitar DUN berkenaan memperlihatkan poster calon dan bendera kurang menyengat berbanding suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.


Boleh dikatakan poster dan bendera hanya tertumpu di bilik gerakan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sahaja.


Tidak kurang, markas-markas PN yang dijadikan tempat untuk jentera menyimpan bendera dan poster tidak kelihatan sebagaimana suasana pilihanraya secara umumnya.


Kemungkinan perang bendera akan lebih menyerlah pada waktu kempen PRK memandangkan parti parti yang bertanding dilaporkan akan menggerakkan jentera dari seluruh Selangor dan juga dari beberapa negeri berhampiran.


Pagi tadi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kuala Kubu Bharu, Yuhanas Auree Kamaruddin mengumumkan calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao rasmi sebagai pesaing di kerusi berkenaan.


Calon muda itu bakal berhadapan dengan tiga seterunya iaitu Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut (PN), wakil daripada Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainuddin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.


Kira-kira 40,226 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan seorang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.


PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan berikutan kematian penyandangnya Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.


Suslan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Mei ini bagi tarikh mengundi awal, manakala 11 Mei bagi hari mengundi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page