top of page

PRK KKB: KEADILAN Selangor kerah jentera tumpu lokasi majoriti Melayu



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Selangor optimis untuk meningkatkan sokongan pengundi di DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) bagi memastikan kemenangan blok Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 11 Mei ini.


Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, tumpuan komposisi pengundi Melayu perlu diberi keutamaan bagi memastikan kerusi tradisi Pakatan Harapan itu dapat dikekalkan.


Menurut beliau, kawasan pengundi majoriti Melayu pada pilihan raya negeri (PRN) yang lalu menyaksikan penurunan sokongan. Oleh itu beliau menggesa usaha perlu dilipat gandakan bagi memastikan kerusi DUN KKB tidak bermasalah untuk dipertahankan.


"Berdasarkan score sheet PRN lalu kita mengalami penurunan sokongan daripada pengundi Melayu terutamanya di Bandar Utama Batang Kali.


"Oleh itu, kita sedang giat menyusun kempen-kempen di lokasi tumpuan bagi membantu calon Pakatan Harapan.


"Selain itu, perancangan dan strategi juga perlu dibuat secara tersusun supaya kita menang selesa dalam PRK KKB ini,” katanya kepada Suara Keadilan.


Justeru bagi memastikan kemenangan di pihak Kerajaan Perpaduan, Najwan menggesa kerjasama jentera Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dizahirkan melalui semangat kerja berpasukan dalam PRK kali ini.


"Kerjasama ini amat penting dalam PRK KKB, kita perlu membawa semangat perpaduan bagi mengekalkan pengundi sedia ada dan pengundi Melayu kembali semula kepada calon PH," ujarnya.


Pakatan Harapan mengetengahkan calon muda Pang Sock Tao daripada DAP bagi menghadapi PRK DUN Kuala Kubu Bharu


Wakil Perpaduan itu bakal berhadapan dengan tiga pencabar iaitu Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut (PN), wakil daripada Parti Rakyat Malaysia Hafizah Zainuddin dan calon bebas Nyau Ke Xin.


Dalam misi wajib menang itu, kira-kira 40,226 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan seorang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page