top of page

PRK KKB: 'Amal politik sihat, jaga akhlak, rakyat Malaysia kawan kita'


Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) tidak seharusnya dijadikan medan politik perkauman demi mencapai matlamat politik golongan tertentu.


Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, ahli politik sepatutnya menyemai perasaan kebersamaan, keharmonian antara kaum, bukan memecah belahkan rakyat dengan pelbagai ungkapan dan label politik yang tidak sihat.


"Saya dari dulu lagi, kita masuk politik sihat. Bukan sihat tubuh badan sahaja tetapi cara mana kita berkempen.


"Jangan kita buat yang tidak baik. Mulut kita jaga, cakap yang benar. Akhlak mesti kita jaga. Semua di sini kawan kita, orang Malaysia.


"Walaupun pelbagai bangsa dan warna kulit, berbagai agama namun kita semua rakyat Malaysia sama sama membangunkan negara kita. Itu adalah tugas kita yang utama," katanya ketika menjawab soalan wartawan sewaktu menyertai Majlis Ramah Mesra bersama Jentera/Petugas PRK Cabang Hulu Selangor dan Ketua-ketua Cabang Komuniti India Selangor, di sini, pagi tadi.

Dr N. Sathia Prakash

Mengulas isu sama, Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor, Dr N. Sathia Prakash berkata, kempen yang sihat amat perlu di KKB kerana demografi penduduknya daripada pelbagai etnik, dan sensitiviti perkauman amat penting dipelihara.


"Kita diserang dalam sosial media, sangat sedih. Kita berkempen tak guna siapa nama, tak pernah bayang mana mana parti.


"Saya tak pernah sebut mana mana. Tetapi bila mereka serang (balik) dalam sosial media, TikTok, kebanyakan keluarga kita pun tengok juga (konten politik), sedih," katanya.


Justeru Dr Sathia menyeru sesiapa pun yang berkempen di media sosial tidak perlu sehingga menjatuhkan maruah diri dengan memaki orang lain, menggunakan perkataan luacah, terutamanya pempengaruh daripada kalangan masyarakat India yang tindakan mereka boleh meretakkan hubungan antara sesama kaum itu sepanjang kempen.

Dr Wan Azizah merasmikan studio podcasts

Menyentuh mengenai podcasts Suara Perpaduan yang studionya dirasmikan oleh Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN, Dr Wan Azizah, Dr Satia berkata, medium berkenaan diwujudkan kerana rakyat di peringkat bawahan kelihatan mudah diputar belit oleh pembangkang dan tidak tahu perkara baik yang dilakukan oleh Kerajaan Madani selama lebih setahun memerintah.


"Buat podcasts ini untuk masyarakat umum, kerana banyak isu yang tidak disampaikan (dengan baik) atau diputar belit


"Semua usaha yang dijalankan oleh PM kita tidak sampai (kepada rakyat) kerana diputar belitkan. Bila Menteri sampaikan orang masih tidak faham, jadi podcasts kita ini orang biasa yang sampaikan apa yang mereka telah terima.


"Kita cuba guna berbilang bahasa, bahasa Tamil, Cina, Melayu, Inggeris. Kita cakap bahasa pasar dan mesej sampai kepada semua.


"Podcasts ini kita harap akan kita teruskan selepas PRK," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page