top of page

PRK Kemaman: Pengundi fikirkan hubungan dengan Persekutuan



Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman yang akan membuat keputusan dengan membuang undi pada 2 Disember ini perlu memikirkan masak masak nasib parlimen mereka agar tidak terus menjadi pembangkang di peringkat nasional.


Menurut Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai Chen Heng, pengundi seharusnya memilih calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor agar lebih banyak peruntukan pembangunan diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan buat kawasan tersebut.

Andre Lai

"Pengundi Kemaman seharusnya melihat kerangka lebih besar, memberi isyarat kepada pembangkang bahawa maruah mereka yang tercalar dipulihkan dengan memilih calon Kerajaan Perpaduan.


"Mereka wajar menolak parti yang mengamalkan rasuah pada PRU-15 sehingga kemenangan dibatalkan dan PRK terpaksa diadakan," katanya.


Tegas Andre Lai lagi, cukuplah pengundi Kemaman diperdaya dengan retorik perkauman dan agama oleh pemimpin Pas sejak Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.


Kali ini, katanya, mereka harus menjadi peneraju kebangkitan Terengganu dengan membebaskan Kemaman daripada 'penjajahan pemikiran' Pas-PN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page