top of page

PRK Kemaman: Pengundi akui kekuatan, sumbangan BN



Oleh: Abdullah Zaid


Gelanggang Pilihan Raya Kecil Parlimen (PRK) Kemaman telah pun dibuka buat dua calon ‘heavyweight’ untuk meraih sokongan sebelum tarikh pengundian pada 2 Desember ini.


Berbanding pilihanraya lain, PRK kemaman diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon Pas, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Justeru, berbaki 10 hari sebelum mengundi, tinjaun Suara Keadilan mendapati, rata-rata warga di sekitar pekan Chukai, Kemaman menyedari pilihanraya itu diadakan dan mereka sedang menunggu tawaran dari calon calon yang bertanding.


Hasran Ifwat Harun, 35 (gambar atas), lebih cenderung memilih parti yang memiliki rekod dan prestasi cemerlang serta dari Kerajaan Persekutuan sebagaimana sewaktu calon dari parti kerajaan pusat menerajui Parlimen Kemaman beberapa penggal lalu.


Kata Hasran, dari segi pentadbiran dan pembangunan, beliau melihat BN lebih mendominasi dan melakukan sumbangan besar kepada warga Kemaman.


"Kita tengok pentadbiran Pas di Kemaman, isu rakyat dan pembangunan di Kemaman masih lagi tidak kelihatan.


"Berbanding dengan BN walaupun mereka tidak selantang Pas tetapi mereka (BN) berbukti membuat kerja dan memberi sumbangan yang besar kepada kita," katanya.

Ahmad Abdullah

Sementara itu, menyentuh soal calon yang dipertandingkan, Ahmad Abdullah, 65, berpandangan wakil BN Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang juga bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempunyai kelebihan yang tersendiri.


"Saya lihat pengundi di Kemaman tidak menolak kredibiliti calon BN yang pernah memberi berkhidmat untuk negara dan beliau pun seorang yang sangat dihormati.


"Ia boleh beri kelebihan buat BN tetapi dalam soal pilihan pengundi, sama ada mereka lebih berat memilih faktor calon atau parti, biar mereka yang tentukannya," ujarnya.


Dalam pada itu, bagi memastikan peratusan pengundi yang tinggi, Yy Tan, 48, ahli perniaga berpendapat, penerangan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu diperhebatkan lagi.

Yy Tan

Jelasnya, berbanding musim pilihanraya sebelum ini, perang bendera di antara dua parti terbesar di Terengganu itu dilihat tidak semeriah dahulu.


"Bagi saya untuk orang tua dan muda masih lagi kurang tahu (PRK) sebab bendera tidak banyak berbanding pilihanraya lepas.


"Serta ada juga rakan-rakan yang masih persoal sebab apa PRK ini dibuat dan keperluan untuk mereka mengundi.


"Jadi untuk pastikan jumlah yang turun mengundi tinggi, saya rasa SPR perlu buat hebahan yang lebih banyak di sosial media atau televisyen," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page