top of page

PRK Kemaman: Calon mantan jeneral ATM beri saingan hebat kepada Pas



Pemilihan calon mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor oleh pihak UMNO membuka saingan seimbang menentang Pas yang menurunkan Menteri Besar Terengganu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.


Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (gambar, kiri), calon yang diletakkan oleh UMNO kali ini adalah terbaik kerana tidak mempunyai rekod politik dan bersih, yang membuat pembangkang sukar mencari kelemahan.


"BN telah membuat pilihan bijak bagi saya dengan mengambil muka baharu yang tidak terlibat dalam politik.


"Ini memberi satu suntikan nafas baru kepada pengundi untuk memilih calon yang tidak ada rekod boleh diburukkan.


"Ini tindakan bijak kerana sekarang generasi muda dan orang lama mahu calon tidak ada rekod yang boleh dikaitkan dengan salah guna kuasa.


"Saya rasa dengan pemilihan ini memberi perangsang kepada pengundi keluar beramai ramai untuk memilih calon yang berasal daripada ATM, seorang jeneral yang pernah mengetuai ATM," katanya.


Mengenai persiapan pilihanraya pula kata Raja Kamarul, pasukan Perpaduan akan turun lebih mantap bebanding Pilihan Raya Negeri yang lalu, terutama berhubung pembahagian kawasan berkempan.


"Kita akan terus membuat persiapan dan kita telah mula perbincangan dengan Umno sejak 3 minggu lepas. Menetapkan pembahagian kawasan (berkempen) baik dari orang tempatan atau dari negeri luar, sebagai bantuan kepada pasukan tempatan.


"Kerjasama yang begitu jitu dapat dibentuk selepas beberapa pilihanraya kita lalui bersama. Kita akan teruskan kerjasama ini," katanya.


Untuk rekod Jeneral (B) Mohamed Affandi merupakan anak kelahiran Kemaman dan dibesarkan di negeri itu.


Beliau bukanlah ahli UMNO dan tidak pernah terlibat dalam politik sebelum ini.


Penamaan calon bagi PRK kemaman akan dilangsungkan pada esok hari. Manakala hari mengundi jatuh pada 2 Disember ini.

1 comment

1 comentário


Sulaiman Japar
Sulaiman Japar
17 de nov. de 2023

Beritax yang terbaik, itu yang sangat penting dimasukan. Untuk pencerahan Pembaca drp semua rakyat. Terima Kasih.

Curtir

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page