top of page

PRK Ayer Kuning: Kemenangan pengiktirafan rakyat usaha Kerajaan MADANI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 27
  • 1 min read

Dr Yusri (tiga dari kiri) bersama MB Saarani merayakan kemenangan di PRK Ayer Kuning
Dr Yusri (tiga dari kiri) bersama MB Saarani merayakan kemenangan di PRK Ayer Kuning

Oleh: Azuan Ab Rahman


UMNO menyambut baik kemenangan calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.


Ketua Penerangan UMNO Azalina Othman Said berkata, pihaknya menyifatkan keputusan PRK itu mencerminkan pengiktirafan rakyat terhadap usaha Kerajaan Perpaduan untuk memartabatkan DUN Ayer Kuning demi kesejahteraan rakyat.


"Saya merakamkan penghargaan kepada pengundi Ayer Kuning atas sokongan dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi.


"Kami akan terus berkhidmat kepada penduduk Ayer Kuning dengan sebaik mungkin," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam saingan tiga penjuru yang berakhir semalam, calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir menumpaskan wakil Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek dan Bawani KS daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).


Sehingga pengundian ditutup pada jam 6 petang, peratusan mengundi ialah 58.07 peratus daripada keseluruhan 31,893 pengundi dengan BN meraih 5,006 majoriti undi berbanding PN.


Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad sebagai mengulas keputusan itu berkata, ia telah mencerminkan pengundi Ayer Kuning menolak politik perpecahan yang mampu meruntuhkan masyarakat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page