top of page

PRK Ayer Kuning: Bersama arus Perpaduan, jangan bazirkan undi - AMANAH

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 2 min read


Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning esok dinasihatkan jangan membazirkan undi memangkah calon Perikatan Nasional.


Pengarah Operasi Pakatan Harapan bagi PRK Ayer Kuning, Salman Saleh berkata, laporan terkini yang diterbitkan oleh Ilham Centre pagi tadi dan meramalkan kemenangan calon BN jelas menunjukkan rakyat memilih untuk pembangunan dan kestabilan politik yang berterusan.


"Arus ini bukan terbina secara kebetulan, tetapi hasil penilaian matang rakyat terhadap prestasi, kesungguhan dan tawaran realistik yang dibawa oleh kerajaan negeri.


"Kami di pihak Pakatan Harapan percaya bahawa pengundi hari ini semakin bijak menilai, dan tidak mahu membazirkan undi kepada calon yang tidak bersama kerajaan dan sukar membawa manfaat langsung kepada kawasan.


"Dalam konteks ini, calon Barisan Nasional yang mewakili Kerajaan Perpaduan bukan sahaja membawa suara rakyat, tetapi juga mempunyai laluan terus untuk menyampaikan hasilnya

Salman Saleh
Salman Saleh

"Lebih penting, kami melihat rakyat juga semakin muak dengan pendekatan politik PN yang terus memainkan isu-isu sensitif seperti kaum dan agama, termasuk isu ladang babi, semata-mata untuk membakar sentimen dan mencetuskan perpecahan. Namun, reaksi pengundi jelas, isu seperti ini tidak lagi berkesan," kata Salman dalam satu kenyataan.


Menurut beliau rakyat mahukan penyelesaian, bukan sentimen. Mereka mahu perpaduan dan menolak kebencian.


"Kami percaya semangat itu akan diterjemahkan ke dalam keputusan pilihanraya esok.


"Kami dengan rendah hati menyeru semua pengundi Ayer Kuning, khususnya mereka yang mahu kestabilan dan pembangunan, agar bersama majoriti rakyat, mengundi calon yang mampu bekerja, bukan hanya bersuara," katanya.


Esok merupakan hari penentuan bagi 31,315 pengundi di DUN Ayer Kuning. BN mempertaruhkan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir.


Bekas guru dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh berusia 54 tahun itu dicabar Yang Dipertua Pas Kawasan Tapah, Abd Muhaimin Malek, 44, mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Timbalan Setiausaha Agung PSM, Bawani KS, 40.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page