PRK Ayer Kuning: 31,000 pengundi mula membuang undi hari ini
- Suara Keadilan

- Apr 26
- 1 min read

Pengundi di Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning mula membuang undi pada pagi ini.
Menurut laporan Bernama sebanyak 19 pusat mengundi dengan 63 saluran telah dibuka serentak pada 8 pagi ini.
Kesemua pusat mengundi akan dibuka sehingga jam 6 petang kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti yang ditutup lebih awal pada 4 petang.
Pengundian hari ini melibatkan 31,281 pengundi yang menunaikan melakukan pengundian secara fizikal.
Sehingga jam 9.00 ini sebanyak 8.16 peratus pengundi telah menunaikan tanggungjawab.
Penjumlahan undi pula akan berlangsung di Dewan Merdeka dan keputusan rasmi dijangka diperoleh sekitar 9 malam ini.
Terdahulu 22 April lalu sebanyak 93.4 peratus daripada 500 anggota polis dan pasangan telah menunaikan tanggungjawab di dua pusat mengundi semasa proses pengundian awal.
PRK DUN Ayer Kuning yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.
Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS.
Mohamad Yusri akan mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lesong manakala Muhaimin di SK Ayer Kuning dan Bawani di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pheng Lok.









Comments