Prestasi ringgit tertinggi dalam 5 tahun, ukuran kejayaan Kerajaan MADANI
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 2 min read

Oleh: Akmal Manaf
Prestasi ringgit yang mencatat paras tertinggi dalam tempoh lima tahun menjadi ukuran paling jelas terhadap kekuatan ekonomi dan keberkesanan pentadbiran Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kekuatan ringgit sepatutnya dijadikan ukuran utama bagi menilai prestasi pentadbiran kerajaan pada hari ini.
"Meskipun Malaysia sebuah negara kecil di Asia Tenggara, kedudukannya dilihat sangat berperanan besar. Kalau kita tengok sejak puluh tahun dulu, kalau ditanya dalam kajian yang dibuat, antara masalah yang membelenggu rakyat ialah masalah kos sara hidup.
"Tak pernah lagi kita tengok tak ada isu kos sara hidup yang tidak menjadi pilihan nombor satu dalam mana-mana kajian yang dibuat.. harga memang sentiasa meningkat.
"Dalam kita merangka dasar atau pendekatan ekonomi ini, kita tak boleh nak selesaikan satu-satu masalah itu secara khusus.

"Ini kerana ia melibatkan ekosistem termasuk bagaimana kita (kerajaan) dapat memperhalusi semula pendekatan-pendekatan ekonomi.
"Wujudnya elemen-elemen yang mengganggu daripada sudut rantaian bekalan, kartel dan sebagainya yang akhirnya memberi kesan dan akibat kepada rakyat," katanya dalam satu temubual bersama Astro Awani.
Menurut Setiausaha Politik Menteri Kewangan itu, dalam tempoh tiga tahun ini, PM Anwar telah berusaha untuk membuktikan kepada rakyat bahawa kalau kerajaan bertegas dalam aspek pengurusan, tadbir urus dan penguatkuasaan undang-undang maka hal itu mampu menjimatkan lebih banyak wang negara.
Daripada penjimatan itu katanya, dana berkenaan dapat disalurkan semula kepada rakyat dalam bentuk bantuan tunai secara langsung.
"Sumbangan Tunai Rahmah (STR) meningkat berkali ganda. MySARA yang diberikan kepada golongan miskin termasuk di bandar dan luar bandar melalui kad pengenalan itu juga meningkat (jumlahnya).
"Kemudian tahun ini kita ada Bantuan Awal Persekolahan (BAP) jumlah keseluruhan RM800 juta dan setiap pelajar menerima RM150.
"Dua tahun yang lalu ada (BAP), tapi jumlahnya kecil, tapi kemudian dinaikkan kepada RM150," ujar beliau lagi.









Comments