Prestasi 100 hari: ADUN Bukit Batu berjaya selesai 76% aduan rakyat
- Redzuan Shamsudin
- Jul 2, 2022
- 1 min read

Sebaik sahaja memenangi DUN Bukit Batu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu, ADUN Bukit Batu Arthur Chiong Sen Sern terus menjalankan khidmat kepada rakyat.
Menurut kenyataan Pejabat DUN Bukit Batu dalam tempoh 12 Mac 2022 hingga 19 Jun 2022, pihak mereka telah pun menyelesaikan banyak aduan penduduk berhubung pelbagai masalah yang dihadapi.
"Pusat khidmat rakyat DUN Bukit Batu menerima banyak aduan dan ia melibatkan Majlis Perbandaran Kulai (31 aduan), diikuti Jabatan Pengairan dan Saliran (11 aduan) dan Jabatan Kerja Raya Daerah Kulai (8 aduan)
"Majoriti isu tempatan di kawasan DUN Bukit Batu merangkumi isu banjir kilat, masalah perparitan dan penyelengaraan jalan
"Secara purata 76% (82) daripada 108 aduan telah diselesaikan oleh agensi dan jabatan terlibat .
"Walaupun prestasi agak baik namun kami terus berusaha untuk memaksimumkan Indeks Prestasi Utama dengan menjalinkan kerjasama dengan agensi agensi kerajaan," kata kenyataan Pejabat DUN Bukit Batu.

Selain menyelesaikan aduan, ADUN Bukit Batu juga, kata kenyataan itu melakukan pelbagai program bersama rakyat.
"Antara program yang dilakukan adalah program banjir kilat di beberapa lokasi seperti taman Sri Muhibah, Kg Ayer Bemban, Kg Sri Rahmat dan Kg Ulu Choh
"Juga mewujudkan kaunter khidmat bergerak DUN Bukit Batu bagi membantu penduduk membuat aduan atau memberikan cadangan dalam proses pembangunan DUN untuk jangka panjang
"Program bakul makanan kepada B40 diteruskan bagi memberi barang barang keperluan asas," kata kenyataan itu lagi.
Pejabat DUN juga, kata mereka, melakukan program gotong royong di kawasan Jasmine Park. Selain membersih kawasan program itu juga mengeratkan tali silatulrahim sesama penduduk setempat . Arthur juga menyumbangkan RM10,000 kepada penduduk bagi menjayakan program berkenaan.
Comentários