top of page

Presiden Timor-Leste lakukan kunjungan temui PM Anwar



Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Dr José Ramos-Horta hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Kunjungan tersebut dalam kerangka mewujudkan kerjasama lebih mantap antara Malaysia dan negara berkenaan.


"Menerima kunjungan hormat Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, TYT Dr José Ramos-Horta di Seri Perdana, Putrajaya tengahari tadi.


"Turut serta dalam pertemuan ini adalah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin.


"Melalui pertemuan ini kami berupaya menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Timor Leste serta meneroka ruang kerjasama baharu," kata Anwar.


Beliau berjanji Malaysia akan terus memberi dukungan kepada Timor-Leste dari aspek pembangunan sosial, keselamatan dan ekonomi negeri yang baru lebih sedekad merdeka daripada Indonesia itu.


"Malaysia mengesahkan komitmen untuk terus bekerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN mengenai pelan hala tuju keanggotaan Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN.


"Semoga hubungan antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh menerusi pelbagai lapangan kerjasama," katanya lagi.


Presiden Ramos-Horta merupakan ketua negara kedua dari Asia Tenggara menemui Anwar dalam tempoh dua minggu beliau mengangkat sumpah jawatan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page