top of page

Presiden Anwar tunai tanggungjawab mengundi di Pemilihan 2025

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 23
  • 1 min read

DS Anwar dan DS Dr Wan Azizah menunaikan tanggungjawab mengundi di Pemilihan KEADILAN 2025
DS Anwar dan DS Dr Wan Azizah menunaikan tanggungjawab mengundi di Pemilihan KEADILAN 2025

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan menunaikan tanggungjawab mengundi di Pemilihan KEADILAN 2025 petang tadi.


Anwar yang berkunjung ke Johor menghadiri Program Madani rakyat bersama pemimpin Kerajaan Negeri.


"Usai mesyuarat di Kota Iskandar, saya berkesempatan singgah ke bandar Johor Bahru untuk menunaikan tanggungjawab sebagai anggota KEADILAN dalam pemilihan kali ini. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan teratur.


"Saya berharap para perwakilan menilai keupayaan calon untuk memperkukuh parti dan membawa obor perjuangan ke tingkat tertinggi dalam membuat keputusan," katanya dalam muat naik di Facebook.


Anwar berharap perwakilan menilai calon yang terbaik untuk memimpin parti bagi sesi 2025 - 2028


Calon sama ada menang atai tidak, katanya tetap mempunyai peranan memperkukuh jentera parti terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke 16.


"Menang atau tewas, semua calon tetap punyai peranan dalam membina kekuatan KEADILAN serta memastikan agenda reformasi terus menyala.


"Fokus semua pimpinan dan anggota selepas berakhir pemilihan harus tertumpu pada usaha mempersiapkan parti menempuh pilihan raya akan datang," katanya.


Pengundian memilih jawatan Majlis Pimpinan Pusat dan Angkatan Muda Keadilan diadakan di Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru.


Sementara perwakilan di Sabah mengundi di ITCC Grand Ballroom Penampang dan perwakilan di Sarawak mengundi di Penview Convention Center, Kuching.


Manakala pemilihan Wanita KEADILAN pula diadakan di Danga Bay Convention Center, Johor Bahru.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page