top of page

Presiden ABIM pertama, Dr Razali Nawawi meninggal dunia



Presiden ABIM pertama Almarhum Dr Razali bin Nawawi kembali ke rahmatullah pada pukul 6.45 pagi tadi.


Beliau menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor.


Dr Razali merupakan sahabat karib Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau sering menyumbang sokongan dan dukungan kepada gerakan Reformasi sejak 1998.


Dr Razali senang menghadiri perjumpaan berkaitan sokongan kepada Anwar yang pernah terpenjara dua kali sepanjang 1998 - 2018 dan memberi semangat kepada gerakan meruntuhkan kezaliman di Malaysia.


Beliau yang berasal dari Kelantan pernah melanjutkan pengajian ijazah pertama di Universiti al-Azhar, Mesir dan tamat pada 1966. Menyambung Diploma Pendidikan di Universiti Ain Sham, Cairo pada 1967.


Pada 11 November 1967, beliau mula mengikuti kursus Post Graduated Diploma in Law di London University, United Kingdom (UK).


Pada tahun 1971, Dr. Razali menamatkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Perbandingan Agama di Universiti Birmingham, UK dan pada 1992, beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Beliau merupakan dekan kedua Fakulti Pengajian Islam UKM. Dr Razali kemudiannya berpindah sebagai profesor di Fakulti Undang- undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bermula 1 September 1983 hingga 31 Disember 2008.


Dalam kegiatan ABIM beliau dilantik sebagai presiden pertama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 1972.


Dr Razali terus giat dalam mendedikasikan kehidupannya untuk kegiatan tarbiah, keilmuan, dakwah dan kemasyarakatan, sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Kegiatan beliau sebagai pensyarah khasnya dalam bidang undang-undang dan Syariah telah melahirkan ramai pakar, ilmuwan dan pengamal undang-undang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page