top of page

PPV mega di Ampang diharap percepat proses vaksinasi - KEADILAN Wangsa Maju


Pembukaan Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) mega di gedung membeli belah Galaxy Mall, Ampang mulai 26 Julai ini diharap dapat menyegerakan proses vaksinasi Covid 19 bagi penduduk Lembah Kelang.


Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai berkata, pembukaan PPV di Galaxy Ampang itu hasil saranan ADUN Teratai, Bryan Lai (gambar, tengah) sebelum ini yang mahu satu lagi PPV diwujudkan antara kawasan Parlimen Ampang, Pandan dan Wilayan Persekutuan.


"Inisiatif menggunakan tapak gedung beli belah ini membawa erti yang besar. Galaxy Mall yang dibina pada pertengah 1990-an merupakan sebuah bangunan besar.


"Mempunyai ruang sebesar 10,000 kaki persegi dan tempat letak kereta mampu menampung lebih daripada 1,000 kenderaan. Lokasi Galaxy di Taman Dagang juga berada tidak jauh daripada sempadan Kuala Lumpur, Parlimen Ampang dan Pandan yang menjadikan ia tempat strategik untuk penerima vaksin


"Hasil daripada usaha YB Bryan Lai, pihak berkuasa mencapai persetujuan untuk menjadikan tingkat 3 Galaxy Mall sebagai PPV yang besar di sini, dengan kemampuan kadar vaksinasi mencecah 3,000 dos setiap hari," katanya ketika melawat gedung membeli belah tersebut bersama Pengurus Galaxy Ampang, YC Lee dan ADUN Teratai, Bryan Lai.


Andre yang juga Ketua Cabang Wangsa Maju, berharap pembukaan PPV itu akan mengurangkan kesesakan dan kesulitan dihadapi warga kota di PPV sedia ada sebelum ini.


"Sejak beberapa bulan lalu, Lembah Kelang telah melihat bertambahan beberapa PPV mega, namun kadar vaksinasi tidak begitu memberansangkan.


"Saya berharap dengan adanya PPV Galaxy Mall ini dapat memanfaatkan penduduk di sempadan Wilayah Persekutuan dan Ampang," katanya.


Menurut beliau lagi, PPV itu akan beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 8 malam dan dikendalikan oleh tenaga pekerja seramai 300 orang.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page