Potongan cukai pintu 30% kediaman bawah RM300k di Putrajaya
- Suara Keadilan
- Dec 22, 2022
- 1 min read

Kediaman yang bernilai di bawah RM300,000 layak menerima potongan cukai pintu sebanyak 30% di Putrajaya.
Hal itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dalam sesi pertemuan bersama pengurusan Putrajaya .
"Saya mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya.
"Setelah mendapat penerangan lanjut daripada pihak berwajib dan bersetuju bahawa semua kediaman yang berharga di bawah RM300 ribu akan diberikan potongan sebanyak 30% dari jumlah cukai taksiran yang dikenakan.
"Pengurangan ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutamanya yang melibatkan golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya," katanya
Menurut Anwar lagi, potongan sebanyak 30% tersebut diberikan kepada premis kediaman yang telah siap dibina pada tahun 2017 sehingga kini yang melibatkan hampir 8,500 unit kediaman
"Pengurangan cukai taksiran akan mula berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023 sehingga penilaian semula dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya," katanya lagi
Oleh kerana Menteri Wilayah Persekutaun tidak diwujudkan dalam kabinet kali ini maka jawatan tersebut disandang Perdana Menteri yang mempengerusikan messyuarat bersama pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Comments