top of page

Pongal tanda kemajmukan budaya, sisi penting Malaysia Madani

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 29, 2023
1 min read


Perayaan Pongal masyarakat Tamil merupakan kelebihan dan kemajmukan dalam budaya pelbagai kaum di Malaysia.


Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis sambutan perayaan Pongal di Klebang, Chemor, Perak petang ini.


"Perayaan dan aspek kebudayaan yang pelbagai di Malaysia adalah hujah yang ampuh dalam mengangkat nilai kemajmukan di Malaysia," katanya dalam catatan di Facebook.


PM 10 disambut meriah masyarakat India

Bagi Anwar Malaysia Madani akan bangkit selepas ini dengan kemakmuran ekonomi dan kesaksamaan hak semua kaum tanpa mengira majoriti atau minioriti.


"Saya turut menyebut (dalam ucapan) anjakan yang mahu dibawa melalui Malaysia Madani akan menjamin hak semua masyarakat tanpa menyisihkan mana-mana kaum


"Malaysia mesti menyaksikan kebangkitan dengan menjamin etika pemerintahan yang baik dan memperteguh keyakinan pelabur dalam dan luar negara demi generasi akan datang," katanya lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page