top of page

Politikkan rumah terbuka di 6 negeri, pembangkang ketandusan modal



Pembangkang Perikatan Nasional ternyata ketandusan modal sehingga sanggup mempolitikkan pengajuran Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri di 6 negeri sebagai membazir dan bermotifkan menarik sokongan pengundi menjelang Pilihan Raya Negeri pada Julai ini.


Menurut Naib Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Faizah Ariffin, penganjuran rumah terbuka yang tidak terpusat di Putrajaya sebagaimana diamalkan Perdana Menteri sebelum ini amat dialu alukan kerana hal itu merupakan cara untuk mendekatkan pemimpin negara dan rakyat jelata di pelbagai kawasan.


"Wanita KEADILAN menyambut baik keputusan melaksanakan sambutan rumah terbuka 'Aidilfitri di negeri-negeri ini.


"Konsep disentralisasi rumah terbuka ini akan memberi peluang kepada rakyat yang tidak pernah berpeluang untuk hadir, dapat bersama menyertai majlis.


"Umum mengetahui Yang Amat Berhormat Perdana Menteri adalah pemimpin yang diangkat oleh rakyat dari pelbagai latar belakang.


"Pastinya beliau akan mengambil peluang silaturahim di Syawal ini mendekati rakyat di setiap ceruk dan pojok negara," katanya dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Faizah yang juga Ketua Wanita KEADILAN Negeri Terengganu mahu Pas membuktikan 'politik matang dan sejahtera' yang menjadi cogankata parti itu.


Katanya, amat lekeh politik yang menyerang pemerintah mahu mengajurkan majlis menjamu rakyat dan dianggap sebagai perbuatan membazir pula.


"Jelas, pembangkang ketandusan modal untuk menyerang kerajaan sehinggakan memberi rakyat makan pun dijadikan isu oleh Perikatan Nasional.


"Pesan kami agar semua pihak mengambil semangat Syawal dan saling mengamalkan politik secara matang dan bukan hanya politik cara ‘Marang’ (parlimen Presiden Pas)," katanya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page