top of page

Politik terdesak guna isu 3R tak boleh dibiarkan - Fahmi



Pihak berkuasa akan mengkaji keperluan untuk menubuhkan unit khas bagi meneliti kes-kes berkaitan dengan isu 3R (kaum, agama, raja), kata Menteri Komunikasi dan Digital


Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Persidangan Antarabangsa Komunikasi, Budaya dan Media Kontemporari (GLOCOM) 2023, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, data yang dikeluarkan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) berhubung Pilihan Raya Umum ke-15 mendapati sebilangan besar isu 3R dimainkan dalam tempoh yang begitu singkat dan ia adalah sesuatu yang amat membimbangkan.


"Sebab itu saya percaya MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) perlu menilai keperluan untuk menubuhkan unit khas. Jenis politik terdesak yang menggunakan 3R semasa kempen (pilihan raya) ini tidak boleh dibiarkan berterusan," katanya


Fahmi turut meluahkan rasa kecewanya berikutan tindakan segelintir ahli politik yang menggunakan 3R dalam kempen mereka, walaupun Raja-raja Melayu telah bertitah supaya kempen tidak menyentuh perkara mengenai 3R berkenaan.


Beliau berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain juga telah mengingatkan semua orang supaya mengelak daripada sensitiviti 3R semasa tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Negeri akan datang.


"Mereka yang terus memainkan isu 3R, saya rasa akan berhadapan dengan undang-undang. Amaran telah diberikan, saya rasa amaran yang mencukupi telah diberikan, itu sebabnya malam tadi saya telah katakan, siap-sedialah untuk hadapi akibatnya," katanya.


Sementara itu, ketika mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said untuk mempertimbangkan akta baharu bagi mengenakan hukuman sivil terhadap mereka yang memainkan sentimen 3R, Fahmi berkata beliau amat menyambut baik cadangan itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page