top of page

Politik Perpaduan hala tuju masa depan Kedah - Dr Mujahid

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • a few seconds ago
  • 1 min read


Politik Perpaduan yang melibatkan kerjasama Pakatan Harapan dan BN merupakan hala tuju paling sesuai untuk rakyat Kedah.


Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata demikian dalam Program Politik Perpaduan anjuran AMANAH Negeri Kedah dengan kerjasama Sekretariat Perpaduan Parlimen Kubang Pasu, bertempat di LHS Grand Hall, Tok Keramat, Jitra, Kedah, semalam.


Katanya, bersama Datuk Seri Mahdzir Khalid mewakili UMNO, Perpaduan membawa mesej utama bahawa kesepakatan dan persefahaman adalah kunci untuk membina negeri Kedah yang stabil dan makmur menjelang pilihan raya umum ke 16.


"Politik perpaduan bukan pilihan mudah, tetapi inilah jalan terbaik untuk masa depan negara dan negeri yang lebih harmoni dan sejahtera," kata beliau dalam muat naik di Facebook.


Turut hadir dalam majlis itu ialah pimpinan AMANAH Negeri Kedah yang diketuai Asmirul Anuar Aris serta pimpinan Barisan Nasional yang bersama dalam Kerajaan Perpaduan.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page