top of page

Polis, SC kerjasama jejak kegiatan ‘mafia korporat’ - Saifuddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 13 hours ago
  • 1 min read

Pihak berkuasa polis sedang menyiasat secara menyeluruh dakwaan berkaitan kewujudan kegiatan 'mafia korporat' termasuk modus operandi dan rangkaiannya.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, siasatan dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan turut melibatkan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti (SC).


"Proses siasatan kini berada pada peringkat awal dengan fokus diberikan kepada pengumpulan maklumat dan bukti sebelum langkah seterusnya dilaksanakan terhadap individu berkaitan.


"Kertas siasatan telah dibuka dan proses siasatan sedang berjalan. Pihak polis akan mengenal pasti modus operandi terlebih dahulu serta mengumpul bukti berkaitan sebelum memanggil individu yang terlibat," katanya dipetik.

Saifuddin ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Polis ke-219 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini pada Rabu.


Media sebelum ini melaporkan serbuan pihak berkuasa polis dan SC terhadap premis milik Victor Chin Boon Long berdasarkan maklumat sumber.


Individu itu yang dakwa sedang cuba mendapatkan suaka politik di United Kingdom (UK) dilapor terbabit dengan manipulasi korporat dan dikehendaki bagi disiasat di bawah AMLA.


Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, beberapa agensi penguat kuasa termasuk polis, SC, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah diarah oleh Kabinet untuk menyiasat kegiatan 'mafia korporat' dengan terperinci.


Sementara itu, Saifuddin turut memaklumkan, sebarang tindakan termasuk sekatan perjalanan terhadap individu berkaitan hanya akan diputuskan selepas siasatan mencapai tahap tertentu.


Manakala perkembangan terkini termasuk jumlah aset yang mungkin terlibat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa selepas penelitian dibuat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page