top of page

Polis sahkan ucapan Fahmi tiada sebarang unsur politik



Pihak berkuasa polis pada Rabu mengesahkan tiada sebarang unsur kempen politik dalam ucapan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Rawang, Ahad lalu.


Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan membuat pengesahan itu selepas pihaknya meneliti rakaman video berhubung ucapan tersebut.


"Dalam tempoh 12 minit ucapan daripada menteri adalah penerangan berhubung kumpulan muzik, The 1975.


"Kita memanggil lapan saksi termasuk pengadu dan mereka yang hadir bersama ketika ucapan itu dibuat," katanya dipetik pada satu sidang media di IPK Selangor.


Sebelum ini, tular gambar Fahmi di media sosial ketika berucap di sebuah masjid, bagaimanapun, Fahmi menerusi laman Facebook menafikan dakwaan bahawa beliau sedang berkempen.


Fahmi turut memberitahu dijemput oleh kariah masjid bagi mengulas berhubung isu kumpulan The 1975 dan pembatalan Festival Good Vibes.


Sementara itu Hussein Omar berkata, pihaknya sudah mengenal pasti pemilik akaun yang menyebarkan video itu dan usaha mengesannya giat dilakukan kerana membuat kenyataan dan menyebarkan berita tidak benar.


"Jika perkara yang benar ‘okay’ tetapi yang memfitnah adalah sesuatu kesalahan bawah jenayah.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.


Pada Isnin, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengesahkan menerima aduan dan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 berhubung insiden berkenaan.


Pengarah Jais Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, tindakan lanjut akan diambil selepas siasatan selesai.


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page