Polis perlu siasat sindiket pekerjaan perdaya warga Malaysia di Kemboja - Dr Tan



Pihak polis diminta serius dalam menyiasat sidiket yang memperdaya warga Malaysia dengan tawaran pekerjaan bergaji lumayan di Kemboja tetapi kemudian mengurung mangsa untuk melakukan pekerjaan penipuan atas talian apabila tiba di negara berkenaan.


Menurut Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, beliau menerima banyak aduan daripada mangsa di kawasannya yang mana ahli keluarga mereka diperdaya dan kini masih dikurung oleh sindiket berkenaan di Kemboja.


"Baru baru ini pejabat saya terima satu lagi aduan dari madam Wong kes yang sama. Saya harap polis akan mengambil sikap lebih serius untuk membantu rakyat kita menyelamatkan, dan memberi perlindungan kepada rakyat kita.


"Ini satu sindiket antarabangsa, jadi pihak polis perlu bekerjasama dengan Interpol supaya satu siasatan yang lanjut dan terperinci dapat dijalankan dan membawa penjenayah ke mahkamah.


"Ini perkara penting, jangan biarkan saja. Mengikut maklumat yang kita dapat, sindiket bukan sahaja memaksa mangsa menjalan penipuan atas talian (scammer) tetapi juga meminta pampasan (kepada keluarga mangsa) jika mahu dilepaskan. Kalau nak balik ke Malaysia mereka perlu bayar kepada sindiket," katanya.


Sehubungan itu, Dr Tan mengingatkan rakyat Malaysia agar lebih berhati hati. Biar pun ada antara mereka yang menganggur lama tetapi keselematan diri perlu difikirkan sebelum menerima sebarang tawaran pekerjaan di luar negara.


"Dalam kes madam Wong, beliau dijanji dapat kerja sebagai kerani dengan gaji RM4,000 sebulan. Di Malaysia seorang kerani tak mungkin dapat sebanyak itu gaji permulaan.


"Orang yang kena tipu biasanya sudah menganggur. Dalam kes madam Wong, dulu dia kerja DJ di kelab malam, semasa PKP dia tiada kerja selama 2 tahun. Ada tawaran dia tak fikir panjang terus terima. Terus pergi ke Kemboja dalam 2 minggu sahaja.


"Bila sampai sana baru dia sedar majikan dia sindiket penipuan atas talian. Bukan dia seorang sahaja, dia dan yang lain dikurung dalam sebuah bangunan. Ramai pekerja yang seperti dia kena tipu dan mereka dipaksa menjalankan aktiviti penipuan atas talian. Mereka ketakutan tak tau apa nak buat.


"Dia maklum kepada anak dia di Malaysia, ada seorang warga Malaysia berjaya larikan diri dan cuba dapatkan bantuan di kedutaan Malaysia di sana. Tetapi bila mangsa keluar bangunan kedutaan, sindiket (penjenayah) jumpa dia dan bawa ke balik ke kurungan. Nampaknya ada informer dalam pejabat kedutaan.


"Bila anak dia minta dilepaskan, mereka diberitahu kalau nak balik kena bayar RM20,000 ke RM30,000 kerana ikut perjanjian kontraknya hanya akan tamat bulan Julai," dedah Dr Tan lagi.


Justeru, Dr Tan menggesa agar polis Malaysia segera meminta bantuan Interpol dan mengesan sindiket berkenaan di Kemboja bagi menyelematkan rakyat Malaysia yang masih terperangkap di sana.


Beliau juga menggesa pihak kedutaan Malaysia di Kemboja menjalankan siasatan untuk mengesan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerasan dan pemerdagangan manusia itu.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER