Polemik SPRM: ABIM mahu janji tranformasi MoU PH - Kerajaan Persekutuan dilaksana



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru agar kerajaan BN - PN segera melaksanakan agenda tranformasi sebagaimana yang dipersetujui dalam memorandum kerjasama antara Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan tahun lalu.


Hal itu, menurut Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz kian mendesak berikutan polemik dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang menyaksikan pemimpin tertinggi suruhanjaya itu bertelagah pendapat menentang anggota kerajaan mengenai dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.


"ABIM menegaskan isu terbaru ini akan menghakis lagi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan termasuk institusi yang diamanahkan untuk mempertahan maruah serta tatakelola yang baik dalam pentadbiran Persekutuan.


"ABIM menilai krisis kepercayaan dalam kalangan rakyat semakin menebal kerana ia memberi kesan secara tidak langsung dalam kehidupan mereka," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Faisal lagi, hanya dengan menggerakkan MoU yang telah disepakati bagi melaksanakan pembaharuan dalam sistem pemerintahan maka kemelut yang ada sekarang akan dapat diatasi.


Pembaharuan tatakelola dan institusi Parlimen, katanya, boleh menguraikan dakwaan ke atas SPRM dan menjadikan suruhanjaya itu diletak secara langsung di bawah Parlimen, bukan lagi Perdana Menteri.


"Transformasi ini secara khusus merujuk kepada memperkasa institusi Parlimen seperti mana disebut dalam Perkara IV MOU tersebut.


"Pembaharuan perlu dibuat dengan segera bagi meletakkan SPRM khususnya sebagai sebuah institusi bebas yang bertanggungjawab kepada Parlimen bagi memastikan badan tersebut bebas dari campur tangan Eksekutif.


"Ini termasuklah dengan meletakkan kuasa penuh kepada institusi Parlimen secara konsensus untuk melantik Ketua Pengarah SPRM serta barisan Pesuruhjaya yang bertanggungjawab ke atas semua bidang tugas badan terbabit.


"ABIM khuatir sekiranya perubahan ini tidak dilakukan, situasi buruk yang berlaku hari ini akan terus berulang pada masa yang akan datang," katanya.


Tegas Faisal, pembaharuan penting dilaksanakan secepat mungkin untuk menyelamatkan negara ini daripada terjerumus ke dalam kemelut yang lebih buruk


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER