PN tambah RM540 juta untuk projek RTS, duit lebih itu untuk apa?



Pengumuman Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengenai kos untuk menyambung semula Projek Sistem Transit Rapid (RTS) bagi menghubungkan Johor Bahru dan Singapura menimbulkan persoalan apabila peruntukannya didapati jauh lebih besar berbanding apa yang diumumkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.


Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Jimmy Puah berkata kerajaan perlu menjelaskan lebihan kos yang bernilai setengah RM1 bilion kerana ia melibatkan dana awam.


"Hari ini Menteri Pengangkutan umum kos projek dianggarkan bernilai RM3.7 bilion yang ditanggung oleh negara. Ini sangat berbeza dengan kos yang diumumkan bekas perdana menteri, Tun Mahathir pada 31 Oktober 2019 iaitu RM3.16 bilion.


"Saya harap menteri boleh jelaskan bagaimana boleh ada penambahan RM540 juta, atau 17 peratus peningkatan dalam jumlah kos dalam tempoh 9 bulan sahaja," katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, Jimmy menggesa kerajaan supaya mendedahkan butiran mengenai kos projek RTS itu, bagi memastikan lebihan wang itu tidak disalah guna serta mengelakkan daripada menaikkan harga tambang.


"Rakyat perlu tahu mengenai lebihan kos itu. Projek RTS ini sememangnya projek bersejarah, kerana menjadi penghubung kepada dua negara dan satu langkah penting untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di seberang tambak.


"Saya juga percaya projek ini akan mengukuhkan hubungan dua hala serta mengeratkan hubungan dalam perdagangan dan kebudayaan.


" Saya berharap kenaikan kos projek ini tidak memberi kesan kepada pengguna dan tambang mestilah munasabah dan berpatutan kepada rakyat," katanya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio