top of page

PN perlu tumpu lawan Covid 19, bukan 'intai' Ahli Parlimen pembangkang



Tindakan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang melakukan apa sahaja untuk meningkatkan sokongan majoriti dalam suasana pandemik Covid 19 ini amat mengecewakan rakyat.


Menurut Ketua Wanita KEADILAN Negeri Wilayah Persekutuan, Rohaidah Mamat, tindakan PN tersebut amat tidak bertanggungjawab kerana rakyat mahukan kerajaan yang serius menangani wabak maut bukannya sibuk bermain politik ketika ekonomi menurudum.


"Ketika ini negara mengalami pandemik virus Covid-19 yang telah membunuh lebih satu ribu orang dan telah melumpuhkan banyak sektor ekonomi.


"Seharusnya, Kerajaan di bawah Perdana Menteri PN dan barisan menterinya lebih memberi fokus kepada penyelesaian masalah jangka panjang dan bukanya sibuk “mengintai” ahli parlimen pembangkang bagi mencari majoriti sendiri," kata Rohaidah dalam satu kenyataan hari ini.


Selain itu, beliau juga kesal dengan sikap pentingkan diri Ahli parlimen Julau dan Tebrau yang sanggup menodai kecercayaan rakyat dan bergabung dengan Kerajaan PN yang telah hilang majoriti.


"Wanita KEADILAN Wilayah Persekutuan kecewa terhadap tindakan Ahli Parlimen Julau dan Tebrau yang telah mengkhianati pengundi-pengundi di kawasan mereka dengan memilih melompat kepada kerajaan tanpa majoriti Perikatan Nasional.


"Pengkhianatan ini telah membawa demokrasi negara kita ke titik terendah. Inilah dampak buruk yang terjadi apabila kerajaan tanpa keabsahan PN memerintah Malaysia sejak setahun yang lalu," katanya.

Justeru, Rohaidah mengingatkan rakyat agar tidak memberi undi dalam PRU akan datang kepada kerajaan yang mensia-siakan mandat dan menyusahkan kehidupan rakyat itu.


"Saya menyeru semua pihak, terutama pengundi-pengundi untuk menolak mereka yang telah menjadi pengkhianat dalam PRU yang akan datang," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page