top of page

PN perlu bersikap adil kepada polis kuatkuasakan undang undang


Oleh: Abdullah Zaid


Pemimpin Perikatan Nasional (PN) yang mengkritik pihak polis dalam operasi penguatkuasaan terhadap penunggang motorsikal, sama ada dalam acara anjuran Kerajaan Negeri atau di sekatan jalan raya harus faham tugas pihak berkuasa dilakukan berdasarkan undang undang.


Selain itu, menurut Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat (MPP), Siti Aishah Shaik Ismail, pemimpin PN juga wajib ingat jasa pihak polis ketika mereka memerintah pada 2020 - 2022 lalu apabila pasukan beruniform itu digunakan untuk 'mengurung' rakyat dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang amat panjang akibat kelemahan kerajaan mengawal wabak Covid 19.


Katanya, amat tidak wajar apabila telah menjadi pembangkang maka jasa pasukan keselamatan dilupakan begitu sahaja.


"(Dalam hal ini) pemimpin pembangkang dan rakyat yang pro pembangkang perlu bersikap adil kepada unit beruniform yang menjalankan tanggungjawab mereka sesuai dengan peraturan dan bidang tugas mereka.


"Kerana memusuhi mereka ibarat kita tidak lagi mempunyai nilai hormat kepada polis yang telah melakukan khidmat terbaik untuk negara," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan pihak pembangkang yang mempolitikan isu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menyita 126 buah motosikal atas pelbagai kesalahan berkait dengan Himpunan RX-Z Member 5.0 pada 10 September lalu.


Mengulas lanjut, Aishah berkata walaupun tindakan pembangkang itu sedikit sebanyak mempengaruhi tanggapan sebahagian masyarakat terhadap badan penguatkuasa, namun beliau yakin majoriti rakyat tidak mudah dimanipulasikan dengan taktik seperti itu.


"Saya nasihatkan generasi muda (tidak memusuhi pihak berkuasa). Rakyat Malaysia bukan semuanya boleh mereka (PN) manipulasi dan diperbodohkan," katanya lagi.


Polis dan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) Terengganu sebelum ini menjelaskan bahawa mereka telah mendapat aduan daripada orang ramai berkenaan penunggang motosikal yang memandu secara melulu di jalan-jalan raya, termasuk Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dan jalan-jalan negeri.


Susulan dari rungutan dan aduan tersebut, pihak polis Terengganu telah membuat pemantauan dan pemeriksaan.


Memetik Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Mazli Mazlan, pemantauan yang dibuat oleh pihak mereka di sekitar daerah Kuala Terengganu mendapati aduan yang diterima adalah berasas


Maka PDRM Terengganu kemudian melancarkan satu operasi bersepadu iaitu operasi khas motosikal melibatkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page