top of page

PMX utamakan kebajikan rakyat: Inisiatif terbaharu bukan langkah populis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 24
  • 2 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Pengumuman inisiatif terbaharu Kerajaan MADANI oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membuktikan keprihatinan mendalam beliau terhadap kebajikan rakyat.


Ketua Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) Wanita KEADILAN Pusat, Farahida Fauzi (gambar) menyifatkan langkah pemberian tunai RM100 kepada rakyat berusia 18 tahun ke atas, penurunan harga RON95 kepada RM1.99 seliter, dan penangguhan kenaikan tol sebagai respons tepat terhadap tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar.


"Inisatif diumumkan bukan langkah populis, tetapi strategi menyeluruh untuk menjaga kelangsungan hidup rakyat dan memulihkan ekonomi negara secara menyeluruh.


"Saya melihat pendekatan ini sangat selari dengan prinsip-prinsip Islam yang menjaga kebajikan rakyat, memelihara keadilan sosial, dan mengurus amanah dengan hikmah," tegasnya menerusi satu kenyataan.


Beliau turut memetik Surah Ibrahim ayat 7 ("Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah nikmat kepadamu") dan hadis Nabi SAW ("Barangsiapa tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak bersyukur kepada Allah").


"Menjadi tanggungjawab kita untuk menyatakan kesyukuran atas nikmat yang diterima serta menghargai usaha pimpinan yang ikhlas bekerja demi kesejahteraan rakyat.


"Malangnya, usaha murni ini cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu yang menyebarkan naratif kebencian menerusi kempen seperti TurunAnwar menggambarkan seolah-olah kerajaan mengabaikan rakyat, sedangkan fakta menunjukkan sebaliknya


"Jangan biarkan emosi dipengaruhi mereka yang kecewa hilang kuasa. Rakyat tidak perlu turun ke jalan sebaliknya, bangkit bersama membina negara dengan harapan dan kesatuan," tambahnya.


Justeru menerusi kenyataannya, Farahida menyeru seluruh rakyat Malaysia menilai dengan adil dan rasional pentadbiran Kerajaan MADANI.


Jelasnya, sejak hari pertama Perdana Menteri memikul amanah suara rakyat sentiasa didengari dan pelbagai rancangan termasuk reformasi ekonomi telah dilaksana bagi menangani cabaran semasa.


"Inilah kepimpinan yang benar-benar mendahulukan rakyat, bukan poket sendiri.


"Saya dan Wanita KEADILAN berdiri teguh bersama Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa diutamakan," kata Exco Wanita KEADILAN Pusat itu lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page