top of page

PMX tidak terpukau dengan angka, data, fokus redakan kesusahan rakyat



Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS: Menghayati mesej daripada Amanat Tahun Baru PMX bolehlah dirumuskan bahawa fokus beliau terus konsisten meredakan kesusahan rakyat.


PMX juga bukanlah pemimpin yang boleh disilaukan dengan angka dan data semata-mata namun realitinya beliau bijak menilai serta membuat tindakan susulan.


Meneliti dan menghalusi ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ketibaan Tahun Baru 2024, mesej yang tersimpul tidak lain ialah keazamannya untuk memberi lebih kesejahteraan dalam kehidupan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Memberi yang terbaik untuk rakyat


Di sebalik pelbagai cabaran yang dilalui dalam tempoh setahun lalu, PMX tetap mahu memberi yang terbaik kepada rakyat dalam pelbagai aspek kehidupan yang mereka lalui.

Noraini Nordin

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara ini akan terus menjadi tumpuan kerajaan bagi meredakan kesusahan rakyat daripada pelbagai aspek seperti inflasi, pengangguran dan kos sara hidup, selain menjamin perkhidmatan dalam mutu pendidikan dan kesihatan.


"Kita melabuh tirai menutup tahun 2023, wajar saya mulakan dengan memberikan sedikit rumusan mengulangi apa yang telah disampaikan kepada umum bahawa kedudukan prestasi pertumbuhan ekonomi masih bertahan kepada empat peratus.


"Ini antara terbaik, tetapi ada lagi nikmat dan kejayaan yang boleh dilakukan, umpamanya penurunan inflasi kurang daripada dua peratus, penurunan kadar pengangguran yang sangat rendah," katanya menerusi video yang dikongsikan di Facebooknya.


Perdana Menteri seterusnya berkata, tumpuan penuh terhadap usaha memacu pertumbuhan ekonomi perlu dilakukan dengan membetulkan tatakelola dalam kepimpinan serta pentadbiran awam.


Beliau menegaskan, bagi memastikan setiap dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, kaedah penyampaian perkhidmatan yang lama tidak boleh lagi diguna pakai, sebaliknya perlu diperbaiki dan ia termasuk mempercepatkan proses kelulusan setiap jabatan seolah-olah menghadapi isu keselamatan dan keadaan darurat.


"Hanya dengan cara itu ekonomi boleh dipacu dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing," jelasnya lagi.


Sepanjang tahun ini, Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan telah berjaya bekerja sebagai satu pasukan dan ia adalah berkat satu sistem politik yang stabil yang baru dicapai setelah negara dilanda suasana ketidaktentuan selama beberapa tahun.


"Hasil pandangan dan nasihat serta pedoman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu khususnya keputusan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, kita telah dapat mengharungi dengan bergaya dan berjaya (menghadapi segala cabaran).


"Dengan kekuatan dan kestabilan kita dapat bekerja sebagai satu pasukan dan menangani isu-isu yang asas untuk rakyat dan negara," katanya.


Usaha perlu dipertingkatkan


Dalam hal ini, Anwar menggesa Jemaah Menteri, barisan pegawai kanan, agensi penguatkuasa, badan keselamatan, penjawat awam serta sektor swasta supaya meningkatkan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara yang hebat dan gagah di rantau Asia.


Bagaimanapun, Anwar berkata beliau tidak mahu terpukau dengan angka dan data kerana ukuran sebenarnya ialah kemaslahatan, kebajikan serta kesejahteraan rakyat serta kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat ketika ini masih perlu ditangani.


Pada masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana berjaya melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.


Sementara itu, Anwar berkata soal perpaduan dan keselamatan rakyat terus menjadi antara cabaran yang perlu diberikan keutamaan dengan memastikan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan melibatkan kedudukan agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan Bumiputera serta Bahasa Melayu tidak diganggu oleh mana-mana pihak.


"Semangat perpaduan untuk memeluk keseluruhan rakyat daripada pelbagai kaum dan agama, itu tugas hakiki yang tidak boleh disangkal ataupun diringankan.

"Kalau ini dapat kita capai, kita boleh beralih daripada permasalahan titik bengik yang tidak berkesudahan," katanya lagi.


Sebagai sasaran, Anwar dengan tekad yang kukuh mengharapkan kedatangan Tahun Baharu 2024 akan memberi suatu suasana yang lebih cerah dan positif kepada rakyat dengan Kerajaan Perpaduan akan menumpukan usaha terhadap pembangunan ekonomi demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.


Dengan demikian, sebagai rakyat, marilah kita sama-sama memberi dokongan yang sebaik mungkin kepada kerajaan kerana akhirnya, nikmat daripada kejayaan dasar-dasar kerajaan itu, kita juga yang akan menerimanya.


_______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page