top of page

PMX tidak tentukan hala tuju rundingan: Bekas Jeneral Thailand hanya cari publisiti

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 14 minutes ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam (gambar), mengkritik pihak pembangkang yang dilihat kehabisan idea apabila dikatakan terpaksa bergantung kepada dakwaan karut marut dari luar negara untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX).


Lokman merujuk kepada kenyataan yang dibuat mantan Mejar Jeneral Angkatan Tentera Diraja Thailand, Rangsi Kitiyansap yang mendakwa Malaysia dan PMX bertindak sebagai tangan ghaib dalam menentukan hala tuju dan pelaksanaan rundingan damai bersama Kemboja.


"Sekumpulan penyokong pembangkang yang terpesong di Malaysia masih berhujah bahawa Kitiyansap hanya mengkritik Anwar dan bukan Malaysia. Nasib baik Malaysia masih mempunyai rakyat yang lebih waras berfikir (tidak termakan hujah pembangkang).


"PMX pula tepat menyerang balas dengan menegaskan bahawa Kitiyansap tidak berbeza daripada parti Pejuang (dipimpin) Mahathir yang bertanding pilihanraya, tetapi tidak pernah menang dan malah kehilangan deposit.


"Kedua-duanya tidak relevan dan khayal, terdesak untuk mendapat perhatian," bidas Lokman dalam satu muat naik di Facebook.


Kata Pengarah Komunikasi UMNO itu lagi, menuduh pemimpin negara lain sebagai pengkhianat tanpa bukti bukan sahaja menjejaskan tertuduh, malah si penuduh.


"Ia melemahkan keamanan, saling menghormati dan maruah yang sepatutnya dimiliki oleh seorang bekas pegawai tentera.


"Panglima Angkatan Tentera (PAT) Tan Sri Mohd Nizam Jaffar wajar mengecam kenyataan Kitiyansap sebagai tidak berasas dan merosakkan kepercayaan serantau.


"Mohd Nizam berkata tuduhan seperti itu memutarbelitkan kebenaran mengenai Kuala Lumpur Peace Accord yang merupakan inisiatif ASEAN yang telus dan disokong bersama sekaligus menggambarkan pemahaman yang lemah terhadap prinsip ASEAN serta profesionalisme ketenteraan," ujarnya.


Terdahulu, Tan Sri Nizam dilapor berkata, dakwaan Rangsi merupakan sesuatu yang mengecewakan kerana datang daripada individu yang sepatutnya memahami asas kerjasama pertahanan dan hubungan ketenteraan serantau, malah kecaman yang dibuat tidak mencerminkan realiti proses diplomasi dan keputusan berasaskan konsensus.


Beliau berkata dakwaan tersebut bukan sahaja tidak berasas dan tidak adil, malah amat mengecewakan, terutama apabila ia datang daripada bekas pegawai kanan tentera.


"Tohmahan itu menggambarkan kurangnya kefahaman terhadap prinsip pusat ASEAN dan mengabaikan kerangka kerjasama yang mendasari proses damai ini.


"Ia juga menjejaskan prinsip profesionalisme dan saling menghormati yang menjadi asas hubungan ketenteraan di rantau ini," katanya dipetik laporan media.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page