top of page

PMX pimpin dengan baik: Kerajaan Perpaduan berfungsi tanpa gangguan - Zahid

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 2 min read
DS Dr Ahmad Zahid berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di WTC, Kuala Lumpur. Foto: UmnoOnline
DS Dr Ahmad Zahid berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di WTC, Kuala Lumpur. Foto: UmnoOnline

Oleh: Noraini Nordin


Sorotan khas Perhimpunan Agung UMNO 2025 di WTC, KL: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh 38 bulan Kerajaan Perpaduan telah dapat berfungsi tanpa sebarang gangguan, berbanding episod 22 bulan dan 17 bulan pada penggal Parlimen ke-14 yang lalu.


Beliau berkata, kestabilan politik serta pentadbiran tersebut berjaya dicapai kerana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memimpin Malaysia dengan baik sehingga hari ini.


"Untuk itu saya ingin menyampaikan ucapan tahniah kepada Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dapat memimpin negara dengan baiknya.


"Kejayaan YAB PMX mengekalkan kerajaan hingga ke hari ini tentunya berkat dukungan semua parti-parti yang bergabung di dalam Kerajaan Perpaduan," tegas beliau dalam ucapan dasar Presiden UMNO di hadapan hampir tiga ribu perwakilan dari seluruh negara yang menghadiri Perhimpunan Agung 2026 di WTC, Kuala Lumpur pagi ini.


Menurut Dr Ahmad Zahid, dalam tempoh tersebut negara telah menikmati pengukuhan ekonomi.


Jelas beliau lagi, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mampan, ringgit yang mengukuh daripada RM4.18 berbanding dolar Amerika Syarikat pada Jan 2022 kini RM4.09 berbanding 1 dolar.

Perwakilan UMNO menyokong padu ucapan Dr Zahid Hamidi. Foto: UmnoOnline
Perwakilan UMNO menyokong padu ucapan Dr Zahid Hamidi. Foto: UmnoOnline

"Empat pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak AS$16.9 bilion pada tahun 2023 meningkat kepada AS$19 bilion pada 2025. Pengangguran menurun, malah, kadar kemiskinan dapat dikurangkan, dan pelbagai bantuan dapat disalurkan kepada rakyat.


"Dalam 38 bulan yang telah berlalu, pemerkasaan pendidikan terus diberikan penekanan melalui Agenda TVET Negara yang membuka ruang dan peluang kepada anak-anak muda menceburi bidang pekerjaan dengan gaji premium," jelas Dr Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Menurut Dr Ahmad Zahid lagi, dalam tempoh itu juga, Malaysia boleh berbangga berada di pentas antarabangsa.


"Kita menjadi pemain yang aktif dalam membela nasib saudara kita di Palestin, kita berjaya mempertahankan maruah dan kedaulatan negara dalam isu Sulu. Tahniah buat Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi. Selain itu kejayaan

dalam tempoh ini kita dengan jayanya dapat melaksanakan tanggungjawab Kepengerusian ASEAN.


"Apa yang lebih penting, 38 bulan ini juga, pemantapan agenda Islam dan Bumiputera dapat kita terjemahkan melalui Dasar Tahfiz Negara 2.0.


"Pendidikan Pra-Tahfiz KEMAS bagi lebih 100 ribu kanak-kanak setiap tahun, program Ulul Albab di semua 58 MRSM, pengiktirafan Sijil Tahfiz Malaysia setaraf Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3, melahirkan golongan Huffaz Profesional, semuanya telah dapat kita laksanakan dengan jayanya.


"Begitu juga kejayaan kita mewujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig yang dipengerusikan oleh tokoh kepimpinan UMNO hasil

daripada usul yang kita bawa pada Perhimpunan Agung tahun 2023.


"Malah, Kongres Ekonomi Bumiputera yang saya Pengerusikan dan dicadangkan di dalam Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2023, telah terlaksana yang melahirkan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35)," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page