top of page

PMO panggil Meta, bantah keras turunkan hantaran berkaitan Palestin



Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah memanggil Meta Platforms Inc (Meta) hari ini bagi menuntut penjelasan terkait tindakan penurunan beberapa hantaran di platform Facebook dan Instagram milik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Mei dan 30 Julai lalu.


Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO dalam kenyataan petang ini berkata, pertemuan tersebut turut dihadiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.


"Pejabat Perdana Menteri telah menzahirkan rasa jelik terhadap tindakan Meta menurunkan hantaran Perdana Menteri menzahirkan ucapan takziah dan penghormatan terhadap Asy Syahid Ismail Haniyeh yang dibunuh baru-baru ini.


"Pejabat Perdana Menteri melihat tindakan Meta itu sebagai satu bentuk diskriminasi, sikap tidak adil dan menyekat kebebasan berpandangan. Ia juga adalah penghinaan terhadap perjuangan sah rakyat Palestin menuntut keadilan dan hak asasi manusia," kata kenyataan itu.


Kenyataan itu berkata PMO turut menegaskan bahawa tindakan menurunkan hantaran tersebut telah memberi kesan mendalam kepada rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang memahami penderitaan rakyat Palestin dan menentang kezaliman rejim Zionis Israel seperti terpahat dalam lipatan sejarah.


"Keputusan unilateral untuk menapis kandungan tanpa pertimbangan terhadap konteks hantaran, jelas menimbulkan persoalan tentang ketelusan dalam dasar penapisan kandungan Meta," jelasnya.


Dalam perkembangan berkaitan, Pejabat Perdana Menteri juga kesal dengan insiden sekatan siaran langsung menerusi Facebook melibatkan akaun Berita RTM yang menyiarkan Himpunan Pembebasan Palestin malam semalam.


"Pejabat Perdana Menteri telah menuntut beberapa perkara termasuk penjelasan terperinci berhubung tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak Meta serta permohonan maaf secara terbuka daripada Meta," katanya.


Kenyataan itu berkata pihak Meta juga berjanji akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.


Dalam laporan sebelum ini, Fahmi menyatakan kekesalan kerajaan atas tindakan Meta menurunkan hantaran oleh Perdana Menteri berhubung pembunuhan Ismail dan telah memohon penjelasan berhubung perkara itu.


Semakan di akaun Instagram Perdana Menteri mendapati tiga hantaran beliau pada 31 Julai lepas yang mengutuk pembunuhan Ismail dan berkongsi gambar pertemuan dengan pemimpin Hamas itu diturunkan daripada aplikasi media sosial berkenaan.


Penurunan hantaran itu disertakan dengan notifikasi "individu dan organisasi berbahaya".


Perkara itu menyebabkan Pejabat Perdana Menteri mengecam tindakan Meta berkenaan manakala Anwar pada 1 Ogos pula memberi peringatan terhadap pihak Meta supaya tidak menjadi perkakas rejim Zionis.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page