PMKS: Insentif RMK12 bagus namun agensi bantuan perlu disatukan
- Redzuan Shamsudin
- Sep 12, 2023
- 1 min read

Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) diberi insentif terbaik dalam Rancangan Malaysia Ke 12 Kajian Separuh Penggal yang dianjakkan berdasarkan pengumuman Menteri Kewangan semalam.
Namun bagi Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung terdapat beberapa isu dalam PMKS yang belum ditangani secara berstruktur bagi menjamin dana bantuan kerajaan mencapai golongan sasar secara lebih mudah.
"Salah satu anjakan besar (semalam) adalah untuk memperkesakan PMKS atau SME kita yang mana saya berpendapat ini adalah satu inisiatif terbaik untuk membantu PMKS kita berkembang. Cuma pada masa sama saya mendapati bahawa agensi membantu PMKS sekarang berterabur di beberapa kementerian dan terlalu banyak agensi
"Saya ingin mencadangkan bahawa semua badan badan berperanan jaga PMKS ini disatukan di bawah satu agensi sahaja untuk betul betul memberikan pacuan kepada usaha kita," katanya dalam satu siaran di Tiktok.
Pengarah Komunikasi KEADILAN Malaysia itu turut mencadangkan agar lebih banyak institusi kewangan diberi lesen bagi mengagihkan dana pinjaman kepada PMKS bagi memudahkan urusan mendapat pembiayaan.
"Agak ganjil PMKS diletak di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjaga kewangan sistem kewangan yang begitu makro
"Cadangan saya BNM melihat untuk mengeluarkan lebih banyak lesen perbankan kepada pemain industri supaya bank lebih sederhana dan kecil membantui PMKS supaya lebih mudah dari segi pembiayaan kewangan," katanya.
Selain itu, Chean Chung mencadangkan satu agensi tunggal membantu PMKS dari segi teknologi kerana keterbatasan modal dan tenaga profesional mereka dalam mendapatkan teknologi terbaik di pasaran.
"Teknologi adalah sangat penting dalam start up atau pemain industri. Mereka harus disatukan di bawah satu agensi untuk bantu usahawan kita, pekerja gig atau pun PMKS kita yang ada potensi utuk berkembang dan menjadi syarikat unicorn," katanya lagi.
Comments