top of page

PM ziarah Pengarah Keselamatan Strategik PMO di hospital

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 1, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azian Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu meluangkan masa bagi menziarahi Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri Khairil Hilmi di Hospital Putrajaya.


Difahamkan beliau sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital berkenaan.


Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar memaklumkan keadaan Khairil semakin pulih berbanding sebelum ini.


"Petang tadi menziarahi Pengarah Bahagian Keselamatan Strategik Pejabat Perdana Menteri saudara Khairil Hilmi yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.


"Alhamdulillah, keadaan beliau kini bertambah pulih ketimbang sebelumnya. Mendoakan saudara Khairil Hilmi dikurniakan kekuatan dan kembali pulih, insyaAllah," kata beliau yang turut menyertakan gambar lawatan tersebut.


Sementara itu rata-rata pelayar media sosial memuji keprihatinan perdana menteri itu yang sanggup meluangkan masa walaupun sering berada dalam keadaan sibuk.


"Subahanallah, dalam keadaan sibuk pun sempat lagi berziarah pesakit sesuai dengan sunnah, Alhamdulillah, terima kasih PMX," kata Chad Syazwan.


"Ini macam laa baru betul gaya seorang Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim ) yang kita sayangi.


"Semoga beliau diberikan kesembuhan dan pulih dengan segera ...Aamiin," kata Eussoffee Ibrahim pula.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page