top of page

PM zahir tahniah buat skuad Harimau Malaya



Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Harimau Malaya.


Ia susulan kejayaan skuad bola sepak negara yang berjaya memberikan tentangan sengit kepada Korea Selatan pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, Qatar malam tadi.

"Tahniah Harimau Malaya beri tentangan sengit kepada Korea Selatan. Terima kasih daripada seluruh rakyat Malaysia. Teruskan perjuangan anda selepas ini, usah menyerah kalah," ciapnya di laman X.


Anwar melalui ciapan sama turut berharap pasukan bola sepak negara akan meneruskan perjuangan mereka dan tidak menyerah kalah.


Terdahulu, skuad negara memungut satu mata selepas bangkit mengikat Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Al Janoub sebentar tadi.


Pemain gantian, Romel Morales muncul wira selepas golnya pada minit 90+15 menindakkan kemenangan Korea Selatan.


Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, berkata keputusan berkenaan merupakan hadiah terbaik kepada ‘pemain ke-12’ yang menyaksikan kehebatan anak buah Kim Pan Gon beraksi di bumi Qatar mahupun di Malaysia.


"Harimau Malaysia mengukir nama di pentas Asia. Kami akan kembali dalam Piala Asia akan datang! Keputusan seri menentang Korea ini merupakan hadiah terbesar kepada peminat Harimau Malaya di Qatar dan seluruh Malaysia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page