top of page

PM umum RM4.6 juta tingkat prasarana Islam di Pulau Pinang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar berucap pada Program Tadabbur Perdana Peringkat Nasional dan Program Maidah Wanita MADANI Permatang Pauh di Pulau Pinang
DS Anwar berucap pada Program Tadabbur Perdana Peringkat Nasional dan Program Maidah Wanita MADANI Permatang Pauh di Pulau Pinang

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan berjumlah RM4.6 juta, bagi membaik pulih infrastruktur asas di 27 institusi pendidikan Islam di seluruh Pulau Pinang


Beliau berkata, peruntukan itu bagi memastikan IPI terus menjadi wadah membina generasi berilmu, berakhlak dan beradab demi masa depan negara.

"Tahun lalu di Pulau Pinang, kita tambah RM2 juta lebih. Tahun ini saya umumkan kita bagi RM4.6 juta untuk institusi agama rakyat.


"Untuk naik taraf, untuk tembok pagar, taraf madrasah, sekolah, bangunan baharu tadika, akademi tahfiz," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu pada Program Tadabbur Perdana Peringkat Nasional dan Program Maidah Wanita MADANI Permatang Pauh, di Masjid Muhajirin di Butterworth pada Sabtu.


Anwar yang juga Presiden KEADILAN sementara itu menyatakan komitmen untuk terus memastikan kemudahan pendidikan agama di negara ini terus diperkukuh.

Dalam masa sama beliau mahu pendidikan Islam diperkukuh seiring dengan perkembangan teknologi termasuk memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajian al-Quran dan Islam.


Masyarakat turut diseru agar memanfaatkan ruang kebebasan di negara ini untuk menganjurkan lebih banyak majlis keagamaan bagi memperkukuh kefahaman Islam.


Beliau berkata program seperti kelas al-Quran, tadabbur dan majlis ilmu perlu dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan tahap penghayatan masyarakat terhadap ajaran Islam yang sebenar.

"Kita mahu penghayatan al-Quran diterjemahkan dalam kehidupan termasuk memperkasa wanita dengan ilmu, kemahiran dan keusahawanan, mengukuhkan keluarga serta membina masyarakat yang berdaya tahan," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page