top of page

PM umum RM2 bilion dana asas Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional



Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan memperuntukkan RM2 bilion sebagai dana asas untuk Fasiliti Peralihan Tenaga Nasional.


Menurut beliau, inisiatif tersebut akan menjadi pemangkin kepada sektor peralihan tenaga yang mempunyai kekangan pinjaman atau potensi pulangan di bawah harga pasaran.


"Kemajuan kita dengan mengambil kira keadaan semasa teknologi penyahkarbonan Malaysia yang belum matang, banyak bergantung kepada sumber tenaga alternatif serta kerjasama serantau dan antarabangsa yang mantap," katanya.


PM berkata demikian ketika berucap pada ucaptama ketika Persidangan Peralihan Tenaga TNB 2023 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.


Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bahawa usaha berkenaan turut melibatkan aspek pembiayaan kewangan yang besar yang belum tentu mampu ditanggung sepenuhnya oleh sektor swasta.


"Oleh kerana cabaran utama dalam peralihan tenaga adalah pembiayaan yang dianggarkan sekurang-kurangnya RM1.2 trilion bagi tempoh 2023 hingga 2050, diperlukan untuk membolehkan peralihan tenaga secara cermat," katanya.


Tambah Anwar, pada waktu ini kerajaan memerlukan peruntukan antara RM60 bilion hingga RM90 bilion bagi menampung projek-projek penting, termasuk pengembangan pengangkutan awam, memperkukuh infrastruktur serta latihan modal insan.  


Selain itu, Ahli Parlimen Tambun tersebut turut menyifatkan kecekapan tenaga penting untuk penyelesaian jangka panjang, sekali gus mengurangkan risiko pelepasan karbon.


Oleh itu, katanya, melalui Majlis Tenaga Negara kerajaan akan sentiasa memastikan pembangunan dasar dan perancangan tenaga sentiasa dipantau.


"Saya secara peribadi akan memastikan Majlis ini berfungsi seperti diamanahkan. Langkah berikut (seterusnya) ini penuh bermakna.


"Kita akan buktikan peluncuran strategi (NTER) dipantau serius oleh kementerian dan pihak yang bertanggungjawab," katanya lagi.


Dalam ucapan itu juga PM memberi contoh dana asas yang diberikan boleh digunakan dalam pelaburan rantaian nilai kenderaan elektrik (EV), hidrogen dan teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) yang menjadi tumpuan dalam kalangan negara maju pada waktu ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page