top of page

PM umum elaun guru KAFA ditambah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 25, 2023
  • 1 min read


Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mempertahan dan memartabatkan syiar Islam di negara ini.


Pada pembentangan Belanjawan di Dewan Rakyat semalam, beliau mengumumkan peruntukan RM1.5 bilion bagi tujuan itu yang bakal meliputi sumbangan khas sebanyak RM600 kepada imam, bilal, noja, guru kelas agama dan fardu ain (KAFA), dan sebagainya.


"Kerajaan akan menaikkan elaun bagi 35,000 guru KAFA sebanyak RM100, kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.


"Ini termasuk memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir. Seramai 70,000 orang akan menerima sumbangan ini melibatkan peruntukan lebih RM40 juta.


"Saya juga faham peranan besar yang dimainkan oleh imam, bilal, guru-guru dalam mengimarahkan fungsi masjid," katanya.


Sementara itu Anwar menggesa agar pentadbiran dalam membangunkan syiar Islam dapat dijadikan contoh kepada semua jabatan termasuk kementerian kerajaan.


Setiap institusi Islam di negara ini tegasnya perlu menjadi medan bagi menyampaikan dakwah sebenar mengenai Islam.


"Pengurusan mereka harus lebih cekap dan menjadi contoh bagi semua jabatan dan kementerian lain dan gedung ini mesti menjadi markas dakwah yang berkesan yang boleh meningkatkan kefahaman sebenar mengenai Islam," katanya Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page