top of page

PM ucap tahniah Ireland, Norway, Sepanyol iktiraf Palestin



Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah atas langkah berani negara Ireland, Norway dan Sepanyol bakal mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.


“Saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol tatkala memilih untuk berada di landasan sejarah yang tepat serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan.


“Niat murni negara-negara ini jelas terpacul saat diumumkan keputusan tersebut, dan ini bukti nyata bahawa mereka memperaku hak rakyat Palestin kepada prinsip kedaulatan, maruah dan dalam menentukan nasib dan masa depan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambah kenyataan itu lagi, detik bersejarah itu akan menggerakkan dunia untuk lebih cepat mencapai dan memperteguh keamanan di Timur Tengah.


"Kepada negara-negara yang lain yang belum berbuat demikian, fahami fakta ini bahawa dunia semakin celik kepada aspirasi dan perjuangan warga Palestin, dan usaha mereka dalam mencari dan menjelmakan keadilan tidak mampu tertahankan lagi.


"Ayuh bersama di garis ini dalam mengemudi sejarah lantas memungkinkan perubahan yang bermakna buat rakyat Palestin," ujarnya lagi.


Terdahulu, Ireland, Norway dan Sepanyol membuat keputusan untuk mengiktiraf Palestin sebagai negara secara rasmi pada 28 Mei ini.


Tiga negara Eropah berkenaan bersepakat bahawa langkah kemanusiaan itu mampu menyelesaikan konflik di Asia Barat.


Keputusan tersebut mendapat pujian daripada banyak negara Arab dan negara Islam.


Selain itu, Pertubuhan Pembebasan Palestin memuji langkah itu sebagai bersejarah, manakala pemerintah Gaza, Hamas memujinya sebagai usaha penting yang terhasil daripada penentangan berani rakyat Palestin.


Setakat ini sebanyak 143 negara telah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara termasuk Malaysia.


Langkah berani daripada tiga negara Eropah bakal melonjak sokongan dunia kepada 146 negara daripada 193 buah negara secara keseluruhan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page