top of page

PM tunai solat Jumaat, disambut ratusan jemaah di Masjid Kg Bharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 9, 2022
  • 1 min read


Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Bharu, Kuala Lumpur.


Sebelum solat beliau menjamu selera di kedai makan berhampiran ditemani Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dari Umno BN.



Masjid Kampung Bharu adalah siri sejarah perjuangan Anwar sejak era mahasiswa, himpunan kelaparan Baling 1974 dan siri himpunan Reformasi 1998.


Malah pada 5 September 1998, beberapa hari selepas dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri, Anwar pernah berucap di masjid berkenaan dan ucapan itu menandakan bermulanya demonstrasi Reformasi di sekitar ibu negara.


Datuk Seri Anwar ditemani Datuk Seri Johari Ghani menjamah hidangan makan tengah hari

Setelah 24 tahun, Masjid Jamek Kg Bharu masih merupakan pusat perjuangan rakyat.


Justeru, Anwar disambut laungan takbir usai solat Jumaat. Beliau bersalaman dengan para jemaah yang mengiringinya sehingga ke pintu pagar masjid dan masuk ke kereta rasmi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page