top of page

PM titip doa untuk rakyat Palestin sewaktu umrah



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sempat menitipkan doa buat rakyat Palestin ketika melaksana ibadah umrah.


Beliau melaksanakan umrah bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejurus tamat Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Alhamdulillah, saya bersama Azizah dan delegasi Malaysia diizinkan Allah melaksanakan ibadah umrah usai Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebelum berangkat ke Amerika Syarikat.


"Saya titipkan doa memohon Allah mengangkat penindasan dan kemusnahan dari bumi Palestin.


"Semoga saudara kita di Gaza dan Tebing Barat dilimpahkan kesejahteraan, keamanan dan dikurnia kekuatan dalam menempuh tantangan dan kezaliman," kata Anwar dalam satu perkongsian di media sosial.

DS Anwar bersama isteri dan delegasi Malaysia menunaikan umrah

Anwar dan delegasi Malaysia sebelumnya ke Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan rejim Israel ke atas Palestin khususnya Gaza.


Dalam persidangan yang berlangsung semalam menggesa negara-negara anggota OIC mendesak pelaksanaan gencatan senjata serta-merta dan menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza.


Perdana menteri dan delegasi kemudiannya akan berlepas pada petang dari Jeddah ke San Francisco, Amerika Syarikat untuk menyertai Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page